Video Parodi MeleTOP Nak Pergi ke Konsert Blackpink Oleh Bell Ngasri dan Jihan Muse

Video Parodi MeleTOP Nak Pergi ke Konsert Blackpink Oleh Bell Ngasri dan Jihan Muse

Sebut sahaja parodi, mesti ramai yang terbayangkan Bell Ngasri dan juga Jihan Muse. Gandingan pasangan ini di Parodi MeleTOP membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat mereka.

Aksi mereka yang bersahaja dengan cara lawak dan komedi yang tersendiri membuatkan ramai yang tertarik untuk menonton rancangan MeleTOP. Dengan gaya percakapan, penampilan dan aksi meniru gaya artis yang sangat menjadi membuatkan ramai yang tertarik dengan kemunculan mereka.

Menerusi rancangan MeleTOP baru-baru ini, Bell dan Jihan sekali lagi ditugaskan untuk menjayakan segmen parodi bersama Eyya. Kali ini berkisahkan parodi mengenai 2 orang yang kononnya peminat Kpop ingin pergi ke konsert Blackpink yang dianjurkan baru-baru ini.

Apa yang menariknya watak Lisa Blackpink yang mempunyai ramai peminat itu turut ada dalam video Parodi ini. Tapi part Jihan yang tiba-tiba cakap loghat Sabah dengan ‘Lisa Blackpink’ itu yang paling kelakar sekali.

Antara komen-komen netizen yang menonton video parodi ini di Youtube MeleTOP :

” Hahaha diorng ni tak pernah tak kelakar la.. Aku sorang jer ker rasa bell nampak hensem ngan rambut ni. Hahaha xleh belah ayat bell.. ‘geli noh aku mendengornye’ hahahahahhaa part tu da mula gelak… “

” Tetibe jihan kluar loghat sabah. lisa tu org thai kot. Hahaha. Lisa lawak la!!!! Ok, semua on point. Part lisa dan bahasa Sabah tu mmng lawak giler hahahahaha.. “

” Tak sangka bell handsome bila rambut macam st12 Charlie Serious, Memang handsome. Gaya dan muka memang sama gila. Wahh.. Part loghat sabah tu tu berdekah aku

Alahai Bell dengan Jihan ni tak pernah tak kelakar kan. Gandingan dua selebriti ini memang menjadi saja. Bagi lah watak apa-apa pun, pasti gempak hasilnya. Memang terbaik dan layak menang anugerah pelakon komedi terbaik.

Kami mendoakan semoga Bell dan Jihan terus berjaya dalam bidang seni dan teruskan menceriakan hari-hari kami.

Sumber:Youtube Meletop/Terlajak ViralS

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply