Peminat Singapura ‘terpaku’ di Konsert SitiNurhalizaOnTour,Terbaik…

Malam semalam berlangsungnya Konsert Siti Nurhaliza On Tour di Singapura. Konsert kedua yang diadakan selepas di Jakarta Indonesia ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada para peminatnya di Singapura.

Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan penuh bertenaga dan memukau dalam setiap persembahan dan lagu-lagu yang dibawanya. Konsert yang berlangsung di Dewan Singapore Expo telah dibanjiri oleh para peminatnya sekitar 4,500 orang. Persembahan  yang penuh warna-warni ini turut dihadiri oleh ahli keluarganya.

Warna-warni konsert di Singapura

Selepas ini, konsert terakhir untuk Siti Nurhaliza On Tour akan diadakan di Kuala Lumpur dengan jumlah kehadiran lebih besar kerana tiket konsert sudah pun habis terjual beberapa minggu yang lepas.

Menerusi Instagram pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, beberapa keping gambar sekitar konsert semalam telah dimuat naik. Kelihatan persembahan yang berlangsung sangat mengujakan dan sememangnya penyanyi nombor satu Malaysia ini mempunyai aura yang begitu besar untuk hiburan tanah air.

Ada Tulus!

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Siti Nurhaliza On Tour Singapura, 2 Mac 2019. Catatan manis 2019 @ctdk. Terima kasih kepada semua yang bekerjasama rapat dengan @ctdk dari awal persediaan sehingga ke hari konsert di Singapura ini. . Penaja-penaja @ctdk: @tecnatives.kl -TecNatives-penaja kecergasan & kesihatan fizikal @dietliciouss -Dietliciouss-penaja hidangan lengkap nurtrisi. Penaja Pakaian (Singapura) @rizmanruzaini @qudynofficial @jmandagie @jovianmandagie . Penaja Pengangkutan: GoTravelLeisure Premium ADC. Solekan: @epie_temerloh . #sitinurhalizaontoursingapura #sitinurhalizaontour Foto:@photographybyharry @pujanggamalam

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Superstar!


Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi kapsyen di setiap muat naik gambar berlangsungnya konsert itu turut menzahirkan ucapan terima kasih mewakili Datuk Seri diatas kelancaran konsert Siti Nurhaliza On Tour di Singapura ini.

Rata-rata peminat turut meninggalkan komen positif terhadap konsert yang sudah dijalankan. Ada juga yang tidak sabar menunggu konsert terakhir di Malaysia dan dijangka akan lebih meriah serta memukau.

VIDEO :

 

Sumber:Instagram Rozi Sang Dewi via Tsv

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Be the first to comment

Leave a Reply