“Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kpd saya” – Faizal Tahir dedahkan kisah yang berlaku antara dia dan Zamani 15 tahun lalu

Selepas memenangi rancangan realiti TV Gegar Vaganza 5 (GV5), nama Zamani Slam terus meningkat naik. Ternyata nampaknya, peminat masih sayangkan Zamani dan mahukan kariernya kembali bersinar seperti dulu. Kini Zamani hadir dengan single terbaru bertajuk ‘Aduh’ hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. Baru-baru ini faizal tahir ada mendedahkan kisah yang berlaku antara beliau dan zamani 15 tahun lalu. Ikuti pengalamannya di bawah

VIDEO :

Peluang utk bekerja dengan seorang penyanyi yang begitu dihorma ti, disayangi dan dikagumi ramai memang tidak dapat saya tolak. Masih jelas dalam ingatan saya lebih kurang 15 tahun yang lepas sewaktu saya bersama kumpulan nasyid Mirwana kami pernah berkongsi pentas dengan Zamani dalam satu persembahan.

Selesai acara malam tersebut Zamani datang kepada saya dan mengatakan saya ada masa depan yang cerah dalam industri muzik. Dia bertanyakan saya sama ada saya mempunyai cita2 untuk menjadi penyanyi solo kerana dia nampak bakat dan percaya dengan bakat saya.

Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kpd saya. Dialah yg pertama dan satu2nya insan yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu.

Jujurnya saya terkedu dan tak boleh proses kejap lepas dengar kata2nya.

Saya terlalu teruja dan seperti tak percaya dengan apa yang abang Zamani pesan kepada saya waktu itu. Dia doakan kejayaan saya yang membuatkan saya begitu terharu. Lebih2 lagi waktu itu saya memang tidak pernah rasa yang saya mempunyai bakat untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Tidak pernah terlintas langsung untuk ada kerjaya sebagai penyanyi solo.

15 tahun selepas itu, saya dipertemukan kembali dengan Zamani. Kali ini berbeza dan lebih manis kerana saya dapat menyumbang kepada perjalanan kerjaya seninya.

Tiada apa yang dapat saya ucapkan melainkan terima kasih tak terhingga kepada abang Zamani kerana percaya dengan saya dan team saya di @faithfulmusicmy.

Alhamdulillah kerana diberi peluang dan rezeki untuk bekerjasama dengan seorang lagenda yang terlalu merendah diri dan pemurah serta disayangi ramai dan juga memainkan peranan penting dalam hidup dan kerjaya saya. Mungkin dia juga sudah tidak ingat pertemuan dengan saya 15 tahun lepas. Namun ia tetap dalam ingatan saya sampai ke hari ini. Terima kasih abang. Allah bless you @zamanislam_official, aduh

Apa kata netizen,

Sebelum itu, BH melaporkan penyanyi Zamani sedang dalam proses merakamkan single terbaru ciptaan Faizal Tahir berjudul Aduh.

Bekas vokalis Slam yang mencetus kontroversi selepas muncul dalam musim kelima program realiti, Gegar Vaganza (GV5) ini, tidak sabar berkongsi lagu balada itu dengan peminat, sempena tahun baharu.

“Sesi rakaman pertama dibuat pada 8 Januari lalu. Tak dinafikan, sukar menyempurnakan tugas itu selepas sekian lama tidak berada dalam studio.

“Nak nyanyi pun susah apabila kena buat seperti yang dimahukan Faizal. Biasalah, saya selesa dengan cara saya, mereka pula dengan cara sendiri,” katanya.

Namun, bagi Zamani, apa yang dilalui dianggap cabaran dalam meneruskan kelangsungan karier seni.

“Insya-Allah, nanti biasalah. Saya percaya mereka mahukan yang terbaik. Saya juga sama… Sudah tentu saya tidak mahu tampil dengan lagu yang ‘tangkap muat’ sahaja,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai single Aduh, Zamani memberitahu, lagu itu berkisar kisah cinta.“Saya percaya topik cinta sinonim dengan diri kita. Lagu ini adalah mengenai keluhan nasib mereka yang gagal bercinta.

“Ia lebih kepada rungutan… Biasalah, dalam hidup ini cinta tak semestinya menyebelahi kita dan segala yang berlaku mematangkan diri kita,” katanya.

Sebelum ini, Zamani pernah kecewa dengan single Tambatan Hati yang dihasilkan pada 2016, tidak mendapat sambu tan. Bagaimanapun, sebaik Faizal menawarkan peluang merakamkan Aduh, dia berubah fikiran.

“Saya lihat ini sebagai tuah dan rezeki. Saya juga meminati Faizal dan lagu ciptaannya. Jika diikutkan, lagu ini mahu dirakamkan sebaik GV5 selesai, namun, masa tidak sesuai.

“Jika tiada aral melintang, Aduh akan dilancarkan pada akhir bulan depan atau awal Mac,” katanya.

Rabu lalu, Zamani diumumkan bakal tampil pada Festival Muzik Antarabangsa, KL Jamm di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), April depan.

Selain Zamani, artis lain adalah Datuk Sheila Majid, Datuk Zainal Abidin, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Ramli Sarip, OAG dan Amelina.Tidak ketinggalan, Santesh, Sheezay, Rabbit Mac, Burn dan PU4LYF.

Saya tak kisah kalau dia boleh overtake: Faizal Tahir

PENYANYI Jepun, Takaaki Terry, berharap lagu Melayu pertamanya, Konnichiwa Dunia dapat menandingi lagu popular penyanyi Faizal Tahir, Ragaman.

Artis naungan Faithful Music ini juga berharap agar single pertamanya itu mendapat tempat di kalangan peminat Melayu.

“Saya harap lagu Konnichiwa-Dunia boleh menandingi lagu Ragaman dengan keizinan tuhan sekali gus diterima baik oleh peminat muzik di sini,” katanya berseloroh.

Di samping Taakaki, Faizal menyambut baik apabila mendengar hasrat penyanyi baharunya itu.

“Saya tak kisah kalau dia boleh overtake Ragaman.

“Tetapi apa yang penting saya harapkan, apa yang terjadi hari ini boleh merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Jepun,” kata Faizal sambil mengharapkan agar memberi peluang kepada Takaaki.

Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran lagu dan muzik video, Faizal berkongsi bagaimana dia menjumpai bakat penyanyi Jepun tersebut.

“Bila nampak anak penyanyi Jepun menyanyikan lagu Assalamualaikum ketika tular di media sosial… perkara itu memang tak dapat dijangkakan.

“Saya terus berminat dan berbincang dengan Warner Music Malaysia untuk melakukan sesuatu tentang projek baharu.

“Jadi, saya pun pergi ke Jepun dengan misi untuk berjumpa dengan dia. Dengan bantuan orang ramai menerusi Twitter dan Instagram, akhirnya saya berjumpa dengan Takaaki.

“Kami berborak mengenai visinya yang mahu mencuba nasib sebagai penyanyi di Malaysia,” kata Faizal.

Selepas perbincangan lanjut, Faizal kemudiannya menjemput anak jati Osaka itu terbang ke Malaysia dan mengembangkan bakatnya menerusi lagu ciptaan Takaaki sendiri.

Manakala liriknya diolah bersama Faizal, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin.

Mengenai single Takaaki kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer serta iTunes bermula 11 Januari 2019.

Sumber : IG faizal tahir via worldwide24

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply