Tak Semua Suka Lihat Kebahagiaan, Cukuplah Orang Tahu Saya Dah Kahwin

PENYANYI Hazama memberitahu dia sentiasa mencuba dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinannya dengan pemuzik Genevie yang kini memasuki usia dua tahun.

Bagaimanapun, Hazama berkata, dia percaya ketentuan Allah yang mengurniakan rezeki itu jika dia dan isteri benar-benar bersedia.

“Saya cuba tapi nampaknya belum ada rezeki. Saya berdoa jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah rezeki zuriat itu, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu.

“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut trend orang sekeliling. Ia sebab tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bergelar bapa nanti,” ujarnya kepada mStar Online.

Tak semua orang suka lihat kebahagiaan, Cukuplah orang tahu saya dah kahwin”

Hazama dan Genervie sambut ulang tahun ke dua Januari lalu.

Dalam pada itu, Hazama berkata dua tahun melayari hubungan suami-isteri banyak mengajarnya melalui kehidupan sebenar.

“Alhamdulillah, banyak benda yang berlaku dalam kehidupan suami isteri yang mengajar saya menjadi lebih bertanggungjawab.

“Mana tidaknya dahulu saya suka main-main dan tidak fikir tanggungjawab,” ujarnya.

Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.

-Hazama

Sementara itu, ditanya kurang memuat naik foto bersama isteri di laman sosial, Hazama berkata, tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.

“Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.

“Saya sedar tidak semua orang suka lihat kebahagian orang lain, jadi saya rasa tidak perlu untuk kongsi semua,” ujarnya.

Hazama berkahwin dengan pemuzik Genervie Kam pada 15 Januari 2017 dalam majlis sederhana.

Hazama pujuk isteri bersabar

Rezeki Hazama untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya yang juga pemuzik, Genervie Kam mengalami kegguran, Mac lalu.

Bagaimanapun, Hazama, 34, reda dengan ketentuan Allah dan menganggap belum ada rezeki buat mereka dikurniakan anak.

Namun, Hazama yang popular dengan lagu Di Amaran Mama mengakui dia cemburu melihat pasangan lain yang sudah dikurniakan anak.

“Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri.

“Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugvr semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.

“Ada hikmahnya juga perkara ini kerana saya jadi faham masalah wanita. Apatah lagi perkara sebegini sangat penting. Pada masa sama, saya tak nak berikan tekanan kepada isteri. Saya faham, dia paling terasa, apatah lagi sudah berusia 38 tahun. Dia memang inginkan anak,” katanya.

Hazama yang mengahwini Genervie pada Januari tahun lalu berkata, pendekatan terbaik yang dilakukan adalah menjaga dan memujuk hati isterinya.

Hazama juga menganggap perkara yang berlaku adalah ujian Allah, sekali gus mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik.

“Bagi menjaga dan menyenangkan hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri.

“Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik IVF, tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapan sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki,” katanya.

Apa yang pasti, selepas setahun berkahwin dan mengimpikan anak, Hazama bersyukur dengan sokongan diberikan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Keluarga tidak pernah mendesak. Masing-masing faham situasi berlaku. Malah mereka berkongsi kasih sayang. Macam abang saya, dia ada tiga anak. Jadi, saya dan isteri berkongsi kasih sayang dengan anak saudara.

“Perkara ini tidak memberikan tekanan untuk saya. Cuma, sesekali saya perasan isteri terasa terutama setiap kali dia datang bulan. Dia memang nak sangat anak. Saya selalu pesan kena banyakkan bersabar,” katanya.

Berlakon drama

Mengenai kerjaya seninya, Hazama berkata, dia baru saja terbabit dalam penggambaran drama 13 episod berjudul Bila Tuhan Berbisik Cinta bakal ditayangkan di slot Zehra, November ini.

Hazama yang ditemui pada rakaman progam Muzik Muzik 33 Raya berkata, drama arahan Raja Mukhriz itu memberikan kesan mendalam untuknya kerana watak dilakonkan terbawa-bawa ke dunia realiti.

“Selama dua bulan berlakon, saya jadi ‘down’. Dalam cerita ini, saya jadi penyanyi yang lupa diri hingga jatuh tersungkur. Ia terbawa-bawa ke dunia realiti sehingga moral pun jadi lemah. Sejujurnya, saya risau jika terjadi pada diri sendiri. Dalam erti kata lain, drama ini buat saya sedar. Saya menangis dan tidak mahu jadi seperti dalam watak ini.

“Ada sikap watak ini yang secara tidak langsung adalah teguran untuk diri sendiri. Pembabitan dalam drama ini mengubah pemikiran saya. Mungkin sebelum ini saya ada sikap mementingkan diri dan dibuai populariti.

“Jadi, dalam drama ini saya ibarat kena sepak. Dialog dan skrip macam terkena diri sendiri. Ia membuatkan saya sedar. Apabila jadi diri sendiri semula, saya jadi hargai orang sekeliling,” katanya.

Menerusi drama itu juga, Hazama bakal merakamkan single Tunggu Aku Datang yang dijadikan lagu tema.

Menariknya juga, Hazama berpeluang berlakon dengan idolanya, Datuk Awie yang sekali gus banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman sebagai anak seni.

“Saya terima tawaran ini sebab ada Datuk Awie. Dia memang idola saya. Pada masa sama, jalan cerita ini berkisarkan dunia nyanyian.

“Pada hari pertama berlakon dengan Awie, saya jadi gementar. Sebelum ini pernah jumpa, tapi saya lari. Masa dalam drama pertama kali dapat duduk bersama. Dia banyak berkongsi pengalaman dalam bidang seni. Pengalaman bekerja dengan Awie sangat saya hargai.

“Lagi satu, saya berlakon drama bukan sebab nak jadi pelakon, tetapi nak asah bakat lakonan. Lagipun ini drama berat. Sebelum ini saya pernah bawa watak komedi dalam telefilem dan filem. Kali ini kena menangis dan serius. Saya dapat input baru dalam bidang nyanyian terutama reaksi wajah. Kalau sebelum ini menangis kena guna ‘eye mo’. Kali ini kena menangis dari dalam hati. Kenapa saya dapat, sebab dapat rasa kesusahan berlakon itu,” katanya.

Sumber: mStar via Gnews

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply