Intan Ladyana Dedah Punca Sebenar Dia Menghilangkan Diri

Kehilangan Intan Ladyana Setahun Kini Terjawab. Puncanya Agak MENGEJUTKAN. Dah lama tak nampak pelakon Intan Ladyana di TV kan. Selepas setahun lamanya, wartawan cuba cari dan akhirnya berjaya mendapat jawapannya.

PUNCA LAMA MENGHILANG.

Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.

Image result for intan ladyana

Intan, 34, berkata, dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.

“Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini kerana perkara itu kerana seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara itu.

“Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada susulan lain yang pada akhirnya ia tidak akan berkesudahan.

“Lebih baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dengan sendirinya,” katanya kepada mStar Online.

TAKDE MASALAH SELEPAS BERPISAH.

Mengulas tentang hubungannya dengan Kamal kini, Intan berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.

Dalam pada itu, Intan tidak mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.

Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia tidak akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara mereka.

“Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan kongsi tetapi tidak lagi tentang peribadi.

“Status saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tidak,” katanya.

REHAT SANTAI SETAHUN.

Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.

Malah kata Intan, sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yang jarang dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

“Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang memerlukannya.

“Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.

Bagaimanapun dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.

“Bulan Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika ada jemputan.

“Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon,” ujarnya.

Intan Ladyana tenang dijauhi radar popular

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agak sukar untuk melihat atau membaca berita tentang si cantik bernama Intan Ladyana Mohamat Yahaya, baik di dada akhbar atau di kaca televisyen.

Pilihan Intan yang kini lebih selesa memunculkan diri apabila perlu dan tidak lagi mengejar soroton populariti menjadikan ada peminat beranggapan, dia perlahan-lahan ingin mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Wanita berusia 36 tahun itu bagaimanapun ada alasan tersendiri. Dia sebenarnya sudah puas menikm4t1 zaman percikan publisiti di sana-sini sewaktu usia 20-an.

Kini dia mahu kehidupannya dengan lebih privasi seiring status sebagai pelakon yang agak senior dalam industri.

Namun, Intan yang kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu bertajuk Town Mall menegaskan, dia bersikap lebih selektif untuk menerima tawaran berlakon agar jadualnya tidak hanya dibebani kerja, sekali gus mempunyai masa untuk aktiviti lain dalam kehidupan seharian.

KOSMO!: Mungkin boleh Intan kongsikan, mengapakah anda kini dilihat memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tertutup?

INTAN: Mungkin faktor usia (tertawa) tetapi sejujurnya saya bahagia begini kerana seperti orang lain, saya bebas ke mana-mana pada bila-bila masa.

Saya sudah berada dalam industri lebih 10 tahun, jadi sewaktu zaman puncak dahulu, saya sudah puas menikm4t1 tumpuan dan perhatian media dan peminat. Sekarang, biarlah saya tenangkan diri dan berikan peluang kepada mereka yang baru hendak membina nama dalam industri.

Adakah pendekatan selektif dalam soal pemilihan karya lakonan merupakan petanda bahawa anda mahu bersara daripada dunia lakonan?

Buat masa sekarang, masih belum terlintas mahu bersara kerana saya sayangkan kerja lakonan dan ia merupakan minat saya yang paling mendalam.

Namun, saya akui saya sangat selektif supaya apabila muncul dalam mana-mana naskhah, ia akan meninggalkan impak serta kesan yang mendalam juga kepada penonton. Saya tidak mahu menerima tawaran hanya kerana mahu memastikan muka saya diingati orang. Saya lebih risau jika mereka bosan melihat saya berulang kali di televisyen.

Tidakkah tindakan sebegitu membuatkan populariti anda semakin berkurangan?

Bagi saya, itu bergantung kepada rezeki masing-masing. Setakat ini, walaupun jarang berlakon, namun tawaran sentiasa ada. Lagipun saya okey sahaja dengan situasi sudah tidak sepopular dahulu kerana apa yang penting, hasil kerja saya diakui penerbit, pengarah dan peminat.

Mungkinkah pendekatan mengelak daripada kerap muncul kerana tidak mahu berdepan persoalan media tentang cinta atau peribadi?

Tidaklah, saya bukan baru sehari dua bergelar artis, jadi sentiasa perlu bersedia dengan soalan-soalan begitu. Cuma pendirian saya, soal peribadi biarlah rahsia sendiri kerana saya dikenali kerana kerjaya dan bukan sebab lain.

Saya memang tidak akan bercerita atau menjawab soal peribadi kerana menganggap ia privasi yang perlu disimpan sendiri.

Boleh kongsikan sedikit tentang watak anda dalam filem Town Mall?

Saya memegang watak Maya iaitu isteri kepada Rusdi lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof. Saya menerima tawaran ini kerana pertama, saya memang peminat cerita seram dan keduanya, watak Maya berbeza dengan karakter cerita hantu yang pernah saya bawakan sebelum ini.

Karakternya yang agak berat, perlu bermain emosi, namun dalam masa sama perlu tampil menggoda. Jalan ceritanya juga agak berbeza berbanding kisah hantu yang biasa didengar.

Sebagai peminat cerita seram, apa lagi watak dalam genre berkenaan yang anda mahukan?

Saya mahu bawa watak hantu dan bukan sekadar orang yang dirasuk. Pada saya, cabaran menjadi karakter hantu yang perlu menimbulkan rasa seram kepada penonton bukan satu tanggungjawab mudah.

Jika ada tawaran, saya pasti akan menerimanya kerana ia akan memberikan kepuasan sebagai seorang pelakon.

Sumber: kosmo, mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.