Bibik Fazura Hilang, Ambil Sekali Kinder Bueno Fattah. Mohon Kembalikan!

Di samping memuatnaik foto OOTD di laman Instagram, Fazura cukup gemar berkongsi gurauan mesra bersama netizen.

Baru-baru ini, laman sosialnya gempar apabila isteri kepada Fattah Amin ini mengatakan bibiknya hilang bersama beberapa barangan peribadi.

“Bibik Hilang.

“Disyaki melarikan 4 pasang baju dan notebook glitter dari fazbulouscom, 3 kotak Trudolly, sepasang kasut sukan jenama Bata, garment bag Rizman Ruzaini.

“Oh ya, Kinder Bueno suami saya pun dia ambik! Kurang ajar punya bibik.

“Hubungi Chot jika ketemui bibik ini. Terima kasih,” tulisnya mengundang reaksi lucu netizen.

Lebih menggelikan hati, Fazura turut memaparkan wajahnya sebagai bibik yang dimaksudkan.

Alahai, pandainya ambil hati peminat. No wonder pengikut mencecah lebih 4 juta.

[FOTO] Wanita Melayu Tercantik, Fazura Bercuti Tapi Jaga Penampilan Jadi Tumpuan…

Pasangan sama cantik, sama padan. Fattah Amin dan Nur Fazura kebelakangan ini menjadi tumpuan di media sosial apabila mereka tidak ketinggalan berkongsi foto-foto ketika bercuti di pulau Maldives buat peminat-peminatnya di Instagram.

Selebriti cantik dan terkenal, Fazura yang sentiasa menerima kata-kata positif daripada netizen turut dipuji sangat kelihatan cantik menerusi foto-foto dikongsinya itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Fazura dikatakan artis yang bagus dalam menjaga penampilan meskipun sedang bercuti.

Bagi netizen, pemakaian Fazura dikatakan sopan dan tidak keterlaluan sebagaimana sesetengah artis lain jika bercuti. Apapun, Fazura menerima pujian melambung apabila memuat naik foto dirinya yang memakai dress dan topi.

Antara komen peminat yang memuji penampilan Fazura malah dikatakan isteri yang sangat sesuai dengan Fattah Amin.

Sume gambar cantik..

Bagus Faz ni…

Sumber: Nur Fazura / himpunanceritalawak.com

Foto – Instagram Fazura via mediahiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply