Nur Umaisarah Sameon Menceritakan Apa Terjadi Ketika Dia Hilang Secara Misteri Selama 19 Hari Di Gunung Tahan

Artikel dibawah dipetik daripada keratan suratkhabar tempatan

Siapa masih ingat lagi satu kes hilang di Gunung Tahan melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang pernah menggemparkan negara satu masa dahulu? Wanita itu bernama Nur Umaisarah Sameon atau lebih dikenali sebagai Umai dikalangan teman-teman rapat beliau.

Video Temuramah Disediakan Bawah Artikel

Umai yang pada ketika itu merupakan pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis terpisah dan hilang daripada 35 orang rakan-rakan beliau sewaktu mendaki ke Gunung Tahan pada tahun 2008.

INI YANG TERJADI DARI HILANG HINGGA DIJUMPAI SECARA RINGKAS

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis hilang sejak Khamis lalu, ketika menuruni Gunung Tahan, Pahang, selepas ter pisah daripada 35 rakannya yang turut sama mendaki gunung itu menerusi program unit beruniform universiti berkenaan.

Kehilangan Nur Umaisarah Sameon, 21, pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan itu hanya disedari rakan sepasukannya ketika mereka tiba di Kem Kor dari puncak gunung, kira-kira jam 11 pagi.

Selepas hilang selama 19 hari di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh dekat Lipis, Nur Umaisarah Sameaun, 21, ditemui masih hidup petang semalam.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis itu ditemui pukul 6.30 petang oleh jurupandu arah yang membawa sekumpulan pelancong asing mendaki Gunung Tahan.

Jarak pelajar itu ditemui ialah kira-kira 30 kilometer dari lokasi beliau sesat.

BAGAIMANA DIA BOLEH HIDUP SELAMA 19 HARI TANPA MAKAN DAN MINUM?

Langsung tidak menjamah makanan dan cuma minum air sungai serta setiap malam kesejukan tidur di celah batu adalah antara pengalaman pe rit Nur Umaisarah Sameaun, yang hilang selama 19 hari di Gunung Tahan.

Keseng saraan menahan lapar dan cuma meneguk air dari Sungai Putih sejak hilang dari kumpulan rakannya pada pagi 7 Februari lalu, tidak membuatkan gadis berusia 21 tahun itu berputus asa untuk terus bertahan.

Nur Umaisarah mengatasinya dengan cara setiap kali tiba waktu makan tengah hari atau malam, dia memejamkan mata dan membayangkan dirinya sedang menikmati hidangan yang lazat.

Sementara itu, ditanya mengenai rahsia kekuatannya bertahan tanpa makanan sepanjang berada di dalam hutan, Nur Umaisarah memberitahu:

“Walaupun saya terlalu lapar dan berlaku beberapa insi den menyebabkan saya ce dera tetapi saya tidak pernah pa nik, mungkin itulah yang memberi kekuatan untuk saya terus bertahan.”

Sehingga hari Selasa 26 Februari 2008, Umai akhirnya selamat ditemui oleh seorang pemandu arah yang sedang membawa sekumpulan pendaki dalam keadaan longlai dalam jarak 30km daripada lokasi terakhir beliau dilaporkan sesat.

Berita penemuan Umai itu disambut dengan penuh kegembiraan selepas beliau bertarung berseorangan selama 19 hari di hutan Gunung Tahan. Umai juga ada menulis satu buku yang berkongsikan kisah beliau yang hilang itu berjudul 19 Hari Sesat Di Gunung Tahan

Video Tentang Apa Terjadi ..

Kredit: Utusan Online, Berita Harian, Kosmo Online, HMetro Online dan Libur.com

Dikemaskini Oleh : KL VIRAL

Notakaki : Semoga kisah ini dapat memberi semangat kepada keluarga Acab. Jangan mudah putus asa, banyakkan berdoa. Yakin pada Allah SWT dan usaha sehingga jumpa kembali Acab. Insyallah semua akan dipermudahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply