Hilang 13 Hari Akhirnya Ditemui Dalam Keadaan Merangkak Dalam Semak Di Tebing Sungai..

“SEJAK ditemui selepas hilang 13 hari, dia tidak pernah memijak tanah dan cuma duduk (berada) atas rumah saja,” kata Asiah Noh, 55, ibu kepada Muhamad Anuar Elias, 36, yang pernah menggemparkan masyarakat tempatan apabila dilaporkan hilang 13 hari pada 27 November 2016.

Muhamad Anuar kemudian ditemui dalam keadaan merangkak dalam semak di tebing Sungai Terengganu di Kampung Losong Atap Amar, Kuala Terengganu, 8 Disember 2016.

Asiah berkata, anak sulungnya itu tidak memberitahu secara jelas mengapa dia enggan turun dari rumah tidak lama selepas ditemui sehingga kini.

Dia masih sihat dan berkelakuan seperti orang normal, cuma tak mahu pijak tanah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya Kampung Losong Lebai Salleh, hari ini.

ASIAH menunjukkan lokasi penemuan anaknya yang hilang selama 13 hari. FOTO Ghazali Kori

Misteri kehilangan Muhamad Anuar terungkai apabila dia ditemui dalam keadaan merangkak dalam semak berhampiran pokok rengas di tebing Sungai Terengganu di Kampung Losong Atap Amar, hampir dua minggu selepas dilaporkan hilang ketika menjala udang di sungai berkenaan.

Lelaki itu ditemui rakan baiknya Hamdan Mat Daud, 38, selepas dia terdengar suara m4ngsa meminta tolong jam 7.40 malam pada 8 Disember 2016.

Muhamad Anuar berkata, sejak kejadian itu, dia mempunyai perasaan ingin bersendirian dan tidak mahu memijak tanah.

“Sukar nak terangkan, tapi saya berasa ingin berada dalam rumah saja, tak ingin berjumpa orang lain. Paling jauh pun saya duduk di tangga rumah untuk gunting rambut,” katanya.

Ditanya mengenai kejadian misteri itu, Muhamad Anuar berkata, mulanya dia terdengar suara memanggil namanya dan sebaik sampai di pokok cengal itu, dia nampak cahaya seperti kunang-kunang.

“Ketika hilang dulu, saya macam tak ingat apa-apa, cuma bila terdengar suara rakan memanggil nama barulah saya seperti tersedar.

MUHAMAD ANUAR menceritakan kisah pengalamannya. FOTO Ghazali Kori

“Terkejut bila diberitahu saya hilang 13 hari sebab saya cuma rasa seperti sehari saja,” katanya.

Sementara itu, Hamdan berkata, kejadian yang menimpa Muhamad Anuar ada persamaan dengan kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, 29, ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak, sejak lebih dua minggu lalu.

“Cuma saya harap, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak berputus asa. Ketika mencari (Muhamad) Anuar dulu, ramai juga yang seperti putus asa, tapi saya tetap bersemangat dan yakin dia ditemui.

“Mungkin berkat amalan membaca surah Al-Fatihah dan tiga ‘Qul’ yang diajarkan seorang tua di kampung ini, membawa kepada penemuan itu,” katanya.

sumber : hmetro

artikel berkaitan..

6 Kes Orang Ses4t Dan Hilang Di Hutan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Kes orang ses4t di hutan dan hilang ini bukanlah yang pertama terjadi di Malaysia. Beberapa kejadian m4ngsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun gunung pernah ‘menghantui’ negara kita. Bahkan, mungkin ada diantara kisah ini masih segar dalam ingatan anda kerana sudah lama berlaku.

Jadi jom kita selongkar trajedi ses4t di hutan dan hilang yang pernah menggemparkan Malaysia

1. Mohammad Ashraf Hassan Hilang Tanpa Jejak

Gua Tempurung, Kampar

Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan (29) yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian, Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Kampar pada 24 Mac 2019 lalu. Dikatakan bahawa Acap bersama 485 peserta lain memulakan larian dari Gua Tempurung namun rakannya, Mohd Farid memaklumkan bahawa Acap tidak sampai ke garisan penamat.

Sejurus mendapat laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar 11 anggotanya yang juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak. Malah ibu Acap, Siti Maznah Khamis (62) turut menyertai misi pencarian anaknya itu dengan meredah hutan dan mendaki bukit walaupun dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

2. Mohd Azarul Mukhriz Hilang Seminggu Disorok Bunian

Bukit Broga, Semenyih

Seorang pemuda, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, berusia 20 tahun telah dilaporkan hilang pada 22 Januari 2017 ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih. Beliau malah tidak mempunyai sebarang kelengkapan mahupun makanan ketika ‘hilang’ di atas bukit itu selama seminggu.

Ajaibnya, beliau ditemui oleh pasukan sukarelawan penyelamat yang membantu dalam misi pencarian pada 11.30 pagi 28 Januari 2017 dalam keadaan selamat namun telah dimasukkan wad akibat dehidrasi. Azarul dijumpai di trek di antara Broga dan Gunung Tokwan.

Benar kisahnya tular ketika beliau hilang, namun ternyata apa yang mengejutkan adalah apabila Azarul mendakwa bahawa beliau telah disorok oleh puteri bunian.

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman ynag ditemui oleh para sukarelawan (Gambar : Lekatlekit)

Satu rancangan yang cakna tentang isu semasa yang tular telah menjemput Azarul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah mengenai pengalamannya sepanjang seminggu di atas bukit itu. Dalam temubual tersebut, pengacara ada melahirkan rasa pelik apabila Azarul boleh hilang di Broga kerana setahunya, Broga merupakan tempat tumpuan ramai pengunjung.

Azarul menceritakan bahawa beliau boleh terses4t apabila beliau cuba untuk mengikuti jejak seorang budak kecil berpurdah. Azarul juga menjelaskan bahawa beliau ketika itu seperti dipuk4u, hanya mengikuti kanak-kanak perempuan itu. Lebih mengejutkan apabila Azarul dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah dijaga oleh bunian.

Menurut Azarul, kejadian yang aneh itu berlaku sekitar jam 6.30 hingga 7.00 malam dan ‘orang’ yang menyelamatkannya itu menggelarkan dirinya sebagai bunian. Azarul turut ‘mendefinisikan’ sempadan bunian sebagai (kawasan) gua. Azarul telah masuk ke dalam gua yang lapang, berpasir dan sangat luas.

Dihadapan gua terletak perkampungan yang dikatakan sebagai ‘perkampungan bunian’. Namun Azarul tidak meneruskan perjalanannya hingga ke hujung, cukup sampai di situ sahaja. Beliau turut menemui sebuah keluarga yang memakai jubah putih dan berpurdah yang akan mengejutnya untuk untuk bangun pagi, solat dan membaca Al-quran.Gambar : Youtube

Apa yang membuatkan Azarul boleh kembali semula ke ‘dunia’ kita adalah ketika seekor ular yang terjatuh di atas badannya berkata :

” Ikut cahaya matahari”

Malah ibu kepada Azarul juga pernah bermimpi anaknya itu datang kepadanya untuk menyatakan bahawa beliau masih ada dan meminta agar ibunya jangan khuatir.

3. Nur Umairsarah Sameon Hilang 19 Hari

Gunung Tahan

Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameon merupakan salah seorang pelajar diploma bidang perakaunan di Universiti Teknologi (UiTM), Arau Perlis. Beliau telah pergi bersama 35 orang rakannya untuk pergi ke Gunung Tahan bagi melaksanakan aktiviti unit beruniform universitinya.

Kejadian itu berlaku ketika Umai dan rakan-rakan hendak turun setelah tamat ‘Ekspedisi Tawan Gunung Tahan’. Umai terleka sebentar kerana ingin melihat pohon bonzai tanpa menyedari dirinya telah jauh dari rakan-rakan yang lain. Beliau mula panik dan mula untuk melaung takbir azan dan memanggil nama rakannya namun tiada sahutan.

Malangnya ketika berusaha mencari jalan keluar, Umai telah terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian lutut kirinya. Beliau tetap kuat untuk mencari jalan keluar, apabila rasa sakit tadi mula reda barulah beliau meneruskan perjalanan. Coklatlah yang menjadi ‘penemannya’ untuk mengalas perut.

Umai teringat apa yang dipelajarinya iaitu untuk mencari air terjun jika terses4t di dalam hutan. Umai beruntung apabila beliau cepat menemukan air sungai namun perjalannya masih jauh dan sepanjang beliau berada di hutan, Umai hanya bergantung kepada air sungai untuk minum.

Jika sebelum ini jalan Umai hanya dipenuhi dengan pokok dedaun tebal, pada hari ke-19, Umai telah menemui ‘trek’. Beliau berjalan mengikuti trek tersebut dengan tak berdaya. Umaisarah berjalan ke arah cahaya terang (seolah-olah neon) lalu pengsan. Umaisarah telah berjaya ditemui di sebuah kem berkhemahan dan akhirnya terselamat.

4. Tragedi 7 Kanak-Kanak Orang Asli Hilang

Hutan Gua Musang

Tahun 2015 telah ‘menerbitkan’ suasana sayu apabila sekumpulan kanak-kanak yang bertindak melarikan diri ke hutan dari asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran. Ramai pihak yang terlibat dalam misi menyelamat ini antaranya adalah pasukan gerakan am, pegawai pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR. Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

Berita kehilangan itu ditutup dengan penemuan rangka yang disahkan milik salah seorang kanak-kanak yang hilang itu. Pencarian itu memakan masa lebih dari 50 hari bermula 23 Ogos 2015 sehingga 1 oktober 2015.

5. Ahmad Rafikin Azman Pergi Selamanya

Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang

November 2014 mencatat sejarah pilu apabila Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu di temui m4ti di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang. Beliau dilaporkan hilang oleh bapanya selepas tidak pulang menghadiri acara maraton yang disertainya. Allahyarham ditemui terselit antara batu dan dipercayai l3mas pada hari pertama beliau hilang. Arw4h ditemui semula pada hari keempat dan usaha mengeluarkan beliau sedikit sukar disebabkan cuaca hujan dan batu yang licin.

Walaupun Hutan Lipur Sekayu merupakan kawasan yang menjadi tumpuan ramai, ianya masih kawasan yang berbahaya untuk dikunjungi seorang diri.

6. Hassan Ayat Hilang Tidak Diketemui

Gunung Yong Yap

Hassan Ayat, nama yang pernah meniti di mulut-mulut masyarakat yang mendoakannya. Beliau dilaporkan hilang lebih dari 10 tahun yang lalu pada tanggal 15 Februari 2009 di Gunung Yong Yap. Malah nama beliau juga sememangnya sering disebut-sebut sebagai pendaki yang gemar menyertai aktiviti lasak dan ekspedisi memanjat gunung.

Ayat disedari hilang ketika rakan-rakannya berhenti rehat sewaktu menuruni gunung tersebut. Berita tentang kehilanganya itu ternyata mendapat liputan dari media dan orang awam yang turut serta membantu mencari Ayat. Namun pencarian selama 21 hari itu menemui jalan buntu apabila beliau tetap tidak dapat ditemukan.

Dan sehingga kini, biar pun sudah menjangkau ‘usia’ 10 tahun, nama dan kejadian yang menimpa Ayat Hassan tetap akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutamanya mereka gemar mendaki gunung.

Untuk mereka yang terkorban, salam takziah daripada kami. Untuk yang membaca, jadikan ini sebagai panduan dan iktibar. Kita boleh lihat, kehilangan di hutan bukan hanya disebabkan aktiviti mendaki, trekking semata-mata. Ianya lebih dari itu. Banyak sebab dan punca boleh terjadinya sesuatu kehilangan walaupun dalam lingkungan ramai orang.

Hutan, bukanlah tempat yang biasa-biasa. Walaubagaimana hebat sekalipun kita, alam hutan dan alam semulajadi tetap ada rahsia yang tak terungkap.

Kredit : SiakapKeli

Via : Selongkar10

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply