Isu Syafie Naswip, Akhirnya Nam Ron Buka Mulut Cerita Siapa Syafie Yang Ramai Tak Tahu

 

PELAKON senior Nam Ron meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata ke3caman terhadap seorang pelakon yang terkait dengan isu puvkul dan hubuvngan so0ngsang.

Nam Ron, 50, berkata, tuvduhan dan la@poran polis yang dibuat bekas tunang terhadap aktor itu belum terbukti kesahihannya.

“Baca berita pelakon lelaki dida@kwa pvukul tunang sebab bekas tunang kata dia ada hvubungan dengan lelaki lain jadi dia puvkul. Betul ke dia lagu (macam) tu?

“Kadang-kadang orang lelaki ni… apabila berkawan dengan lelaki lain, mereka ada bonding (ikatan yang rapat), apabila ada bonding rapat semacam tak semestinya ada huvbungan so0ngsang.

“Pelakon lelaki ni budaknya baik”

“Sa@kit pula hati tok ayah (merujuk panggilan dirinya) bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hvubungan s0ongsang sebab tok ayah kenal pelakon lelaki ni budaknya baik, harap hentilah komen benda-benda ni… tak pasti duduk diam,” katanya.

Namron berkongsi pandangan di laman Instagram.

Pelakon filem One Two Jaga ini mengulas mengenai isu tersebut menerusi rakaman video di laman Instagram, baru-baru ini.

Pada Sabtu lalu, seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai memuvkul bekas tunang kerana berang wanita tersebut memintanya menghentikan huvbungan so00ngsang dengan kenalannya.

Kejadian puvkul itu berlaku pada 26 Jun lalu selepas suvspek dikatakan datang ke rumah tunangnya pada pukul 9 malam dan memaksa ma@ngsa masuk ke dalam kenderaannya.

Suspek dikatakan telah mengeluarkan kata-kata k3esat serta bertindak menvumbuk muka, bibir dan mencengkam mata m@angsa sehingga berd@arah.

Sementara itu, Nam Ron berkata setiap tuvduhan haruslah disertakan bersama bukti dan masyarakat tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara yang dibaca di laman sosial.

Nam Ron berpendapat setiap tuduuhan haruslah disertakan bersama bukti.

Sebagai individu yang mengenali aktor muda tersebut secara peribadi, Nam Ron berharap pelakon berkenaan tabah dan tenang berdepan ujian.

“Kita jangan mudah percaya berita begini. P0lis masih sias4t. Rasanya orang salah faham apabila lelaki berkawan terlalu rapat sampai ada masanya perempuan jadi curiga.

“Kalau kita nak tuduh mesti ada bukti bukan boleh main baca terus buat tanggapan… tak boleh macam tu!

“Tok ayah doakan pelakon lelaki ni bertabah dan tenang saja, tak payah ambil pusing sangat benda begini… selagi belum terbukti, kita tak bersalah,” ujarnya.

Syafie menerusi laporan Gempak bertarikh 23 Julai menegaskan dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.

Malah kata Syafie lagi, keputusan ini diambil bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama.

Terdahulu Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

Biodata

1. Nama lengkapnya, Mohammad Syafie bin Naswip.

2. Lahir pada 2 Ogos 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia.

3. Kini berusia 27 tahun.

4. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Gombak Setia, Selangor.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007 sebagai aktor.

6. Dikenali dengan sifat yang suka merendah diri dan sentiasa akur dengan kemampuan yang ada.

7. Selektif dalam pemilihan filem kerana hanya inginkan karya yang berkualiti agar tidak terlihat stereotaip di mata penonton.

8. Pendapatan yang diperoleh hasil kerja lakonannya dimanfaatkan untuk simpanan masa hadapan, manakala separuh lagi dihulurkan buat kedua ibu bapa. Syafie menyifatkan dirinya sudah sebati dengan kehidupan dalam serba daif.

9. Mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aishah Azman pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras selepas berhubungan cinta sejak 2018.

10. Pembabitannya sebagai anak seni bermula apabila terpilih dalam ujibakat oleh sutradara Yasmin Ahmad meskipun kehadiran asalnya hanya untuk menemani adik saudara yang juga calon ujibakat di situ.

11. Namanya melonjak naik menerusi watak dalam filem Mukhsin arahan Yasmin hingga membawanya menyertai rombongan filem tersebut ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006.

12. Kem@atian Yasmin yang sudah dianggapnya sebagai ‘mak’ meninggalkan impak yang cukup besar hingga beliau nyaris bersara daripada dunia hiburan.

Syafie Naswip malu-malu, buah hati puji depan muka

13. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Mukhsin, Talentime, Nur Kasih The Movie, Songlap, Juvana, Kampung Drift dan Polis Evo 2.

14. Kemunculan di kaca televisyen antaranya menerusi drama Keliwon: Hantu Kopek, Ampunkan Dosaku, Oh My English Musim 2, Seludup, Sayap Jibril, Legasi 69 Komando dan Kamar Kamariah.

15. Juga telefilem Impian, Kasih Tak Terucap, Dunia Batinku, Anak Lorong, Oh My Ganu, Bujang Terlajak Senang, Kung Fu Kaw, 3 Qul, Sirna dan banyak lagi.

16. Memegang peranan sebagai hos program Aroma Masak pada 2018.

17. Diiktiraf sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20, Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin ke-11, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2011, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin ke-16 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25.

sumber: mstar, iluminasi.com, hmetro 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply