“Ayah Pergi, Jangan Sedih Risau”- Ashraf Muslim Tinggalkan Dua Isteri & Anak-Anak

Pelakon Ashraf Muslim difahamkan sudah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji, awal pagi tadi.

Malah, sebelum berangkat jam 9 pagi tadi, bintang drama Biar Aku Jadi Penunggu ini meluahkan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima itu.

“Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt utk menyahut seruannya bg menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.

“Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.

“Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yg paling agung.

“Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt,” kongsi Ashraf.

Dalam pada itu, Ashraf juga berasa sedih apabila mahu meninggalkan keluarganya buat sementara waktu bagi melaksanakan ibadah tersebut.

Akui Ashraf, dia amat merindui bapa, arwah ibu dan kedua-dua isteri serta anak-anaknya.

“Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji.

“Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah org sekeliling yg menyayangiku.

“Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah..Anak-anakku Sarah , Adam,Anas  dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman utk dimarah, teman utk mengadu, teman utk bermain-main, teman berkasih sayang, teman utk ber’spiderman’, teman utk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman utk segala-segalanya.

“Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jgn sedih dan risau,”luah Ashraf.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt utk menyahut seruannya bg menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya. Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yg paling agung. Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt.. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji. Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah org sekeliling yg menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah..Anak-anakku Sarah , Adam,Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman utk dimarah, teman utk mengadu, teman utk bermain-main, teman berkasih sayang, teman utk ber’spiderman’, teman utk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman utk segala-segalanya. Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jgn sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy . . #Labaiqallahummalabaik #HadirkuSebagaiDhuyufurrahman #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Sementara itu, Ashraff,38, turut memuat naik gambar keluarga di Insta Storiesnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya mendoakan agar pemergiaan pelakon tersebut dipermudahkan, selain mendapat haji mabrur.

Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf

Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:  Instagram Ashraf Muslim via Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply