“Sunnah Nabi SAW Balik Dari Mana-Mana Beri Hadiah Buat Bidadari Dan Keluarga…”- Ebit Lew

Jika anda mengikuti laman sosial milik Ustaz Ebit Lew, pasti ada sahaja perkara sweet yang dilakukannya buat isteri malah perkongsian pendakwah disukai ramai ini juga membuatkan ramai mengambil pengajaran.

Terbaru pula, dia memuat naik satu rakaman video membawa pulang hadiah buat bidadarinya sehingga menjadi perhatian ramai.

Meraih lebih 70 ribu ‘Likes’ dan lebih 300k tontonan serta pelbagai komen ditinggalkan menerusi posting tersebut. Sangat sweet apatah lagi ujar Ustaz Ebit, dia suka meskipun kecil kejutan itu kerana dia sangat menghargai isterinya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai kl terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya Suka sangat walau kecil kejutan wat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kaseh Allah Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k. Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka. Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary -ebitlew #www.transformjiwa.com #jomDaftarKeluargaSunnah #oktober2019 #tourSemuaNegeri

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Katanya, senyuman mak ayah dan bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini dan dia turut mengucapkan syukur.

Bagaimanapun, Ustaz Ebit juga meninggalkan nasihat agar tidak memandang rendah akan kesedihan isteri dan rata-rata netizen juga tidak melepaskan peluang mendoakan Ustaz dan keluarga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram Ebit Lew  HCL

Be the first to comment

Leave a Reply