Gadis berangan nak pikat kerabat diraja, ramai tampil beri cadangan, “Kalau tak ada rezeki, dengan pengawal jaga istana”

FOTO-foto Majlis Santapan Diraja yang diadakan bagi meraikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pertabalan baginda sebagai Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, menarik perhatian netizen.

Majlis yang berlangsung di Istana Negara pada malam Rabu lalu, menyaksikan tetamu-tetamu yang hadir sebahagian besarnya adalah kerabat diraja.

Lebih 100 gambar dimuat naik di halaman Facebook House of Pahang, yang mana ia turut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @NasirPasir dengan keterangan ‘Kerabat diraja Malaysia yang mungkin korang tak pernah tengok. Thanks me later’.

Antara gambar sempena Majlis Santapan Diraja yang dikongsikan di halaman Facebook House of Pahang.

Tertarik dengan gambar-gambar yang dikongsikan itu, seorang pengguna Twitter membuat posting, “Assalamualaikum, macam mana nak pikat kerabat diraja eh?,”sekali gus mencuri tumpuan dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan pertanyaan gadis itu menerusi akaun miliknya sebagai menghiburkan dengan pelbagai reaksi diberikan, tak kurang juga yang memberi pandangan masing-masing.

“Pergi mana-mana istana, lepas tu buat-buat pengs4n depan pintu masuk istana. Kalau ada rezeki, dengan kerabat istana. Kalau tak ada, dengan pengawal jaga istana,” kata seorang netizen.

Posting seorang gadis yang bertanyakan bagaimana untuk memikat kerabat diraja menarik perhatian netizen.

Kebanyakan komen netizen turut mengaitkannya dengan kisah dongeng klasik, seorang gadis bernama Cinderella yang tinggal bersama ibu dan dua kakak tiri sebelum dilamar oleh putera raja yang kacak.

“Kena ada mak tiri yang dera sis. Nanti akan ada ball (majlis rasmi tari-menari). Pergi pakai lawa-lawa. Ingat! Jam 12 tinggal kasut sebelah je. Esok pagi diaorang carilah sis,” tulis seorang netizen lain.

 

Kena ada mak tiri yang der4 sis. Nanti akan ada ball (majlis rasmi tari-menari). Pergi pakai lawa-lawa. Ingat! Jam 12 tinggal kasut sebelah je. Esok pagi diaorang carilah sis.

NETIZEN

First things first kau kena ada fairygodmama,” kata seorang netizen yang merujuk kepada kuasa sakti seorang bonda pari-pari yang mengubah Cinderella dari seorang gadis yang berpakaian buruk kepada tetamu majlis diraja dengan gaun bergemerlapan, didandan rias cantik dan menyarung sepasang sepatu kaca.

“Tinggalkan sebelah high heel (kasut tumit tinggi) dekat tangga depan istana,” cadang seorang pengguna Twitter.

“Kena hilangkan kasut sebelah si raja, lepas tu biar dia cari kasut dia,” ujar seorang lagi memberi pandangan.

Sebahagian reaksi netizen berhubung posting gadis itu.

Bagaimanapun, salah satu komen netizen turut meminta pengguna Twitter itu supaya berfikir secara realiti kerana mahu memikat kerabat diraja. 

“Berpijak di bumi yang nyata,” kata pengguna Twitter.

Membalas komen tersebut, gadis berkenaan berkata, kadang-kadang adalah baiknya juga hidup dalam fantasi.

Komen seorang pengguna Twitter memberi cadangan lain.

Tidak terkecuali ada yang memberikan tip yang kedengarannya lebih logik tetapi pada masa sama cadangan tersebut amat mengejutkan.

“Tak payah nak pikat kerabat sangat. Cari ahli perniagaan kaya bisnes juta-juta, sarapan pagi minum fresh orange seteguk pun dah ok.

Port (tempat) dia orang lepak? Jumaat malam dan Sabtu malam cari kat… Dia orang lepak minum teh tarik situ,” komennya sambil menyebut beberapa hotel terkemuka dan bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Sumber : MStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply