“Relax Je Tunjuk, Kadang-Kadang Baju Kelawar” – Penampilan Selamba Mawar Rashid Dipuji

Pelakon Mawar Rashid mendapat pujian netizen kerana tidak kisah dengan gaya penampilannya apabila berada dirumah bersama anak-anak walaupun berstatus selebriti.

Mawar mula mendapat perhatian selepas memuat naik video terbaru menerusi akaun Instagramnya semalam.

Video tersebut merakamkan Mawar dengan wajah polos tanpa solekan dan hanya memakai baju jersi serta berseluar trek sedang bermain bersama anaknya, Raden Mohammed Rafael yang kini mencecah lima bulan.

“Sepetang with my little Raden, gomol sampai dia rimas @radenrafaelraf,” tulis Mawar ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Video tersebut mendapat reaksi positif netizen yang rata-ratanya memuji sikap Mawar selain anaknya yang comel.

“Lama-lama tengok tergelak sorang-sorang… Baguslah Mawar rilek je tunjuk naked face, natural beauty. Kadang-kadang pakai baju kelawar je, memang simptom mak-mak sangat bila mai angin malas tu. Pastu selalu bedal baju suami sebab besar, longgar selesa. Just like me hahahaha,” komen @hanumnoli

“Mawar ni baguslah. Kalau yang lain siap cantik terletak baru upload tapi Mawar simple sangat. Saya kagum la dengan kesederhanaan mawar,” coret @iimanbridal

Terdahulu, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Manakala bersama Mawar pasangan ini dikurniakan seorang putera, Raden Mohammed Rafael yang dilahirkan pada 13 Mac lalu

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.