Boleh Ke, Erra Fazira Tunai Haji Tanpa Mahram? Ini Jawapan Yang Diterima Daripada Pihak Berkuasa Arab Saudi

Selepas menyimpan hasrat selama lima tahun, penyanyi Erra Fazira berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji malam tadi.

Menerusi laman Instagram pembantu peribadinya, penyanyi berusia 45 tahun itu kelihatan ditemani beberapa ahli keluarga dan sahabat handai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut kelihatan anak kesayangan, Engku Aleesya yang pasti akan merindui ibunya sepanjang tempoh mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Hajat yang disimpan lama, akhirnya termakbul juga, saya tumpang gembira. Semoga awak dilindungi, beroleh ketenangan hati, dijauhkan dari perasaan iri hati mahupun benci,” tulis kapsyen posting tersebut.

Sebelum ini, Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek turut memuat naik posting setelah melakukan perkongsian ilmu daripada pakar motivasi, Prof Dr Muhaya Muhamad.

“Halalkan makan minum dan ilmu. InsyaAllah saya semat dalam hati dan minda untuk menjadi insan yang lebih baik dan positif,” katanya.

Rata-rata peminat dan pengikut tidak ketinggalan untuk menitipkan doa serta berharap agar perjalanan sepanjang menjadi tetamu Allah tersebut akan dipermudahkan.

Peminat bertanya, boleh ke tunai haji tanpa Mahram? 

Laporan mengesahkan, Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).

Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.

Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.

“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar kepada Arab News.

Selamat menjalani ibadah haji buat semua!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillahhhh.. pengalaman indah bersama insan yg saya hormati.. sentiasa positif dan tajam minda.. . Thank you prof Dr Muhayya n sweet sista Dr Atiyya n #telekungtalk team .. byk perkongsian dan ilmu saya dapat. And.. dapat jugak sarung khimar dan mini telekung @muhayya.momentum yg super duper selesa😍 Luv sangat!! .. U guyz definitely have great taste in fashion muslimah 👏👍😍🥰 . Halalkan makan minum dan ilmu. InsyaAllah saya semat dalam hati dan minda utk menjadi insan yg lebih baik dan positif. InsyaAllah.. . Thank you again for the wonderful time i had yesterday.. n tak lupa great Thai food😘 .. Moga Allah merahmati seisi keluarga @profmuhayya1 dan team2 prof juga. InsyaAllah pjg usia, kita jumpa lagi.. 🥰😘😍💋

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Sumber : Erra Fazira , Sharendra Abd Razak & BHonline

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.