Nampak budak berpanas jual kuih kapit tepi simpang, gadis mengaku beli sebab simpati… selepas makan ini reaksinya!

BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah yang dapat ditafsirkan mengenai nasib seorang kanak-kanak lelaki yang berniaga kuih kapit di sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

Foto kanak-kanak itu yang sedang menjaja di bawah panas mentari, di tepi sebuah jalan berhampiran Centrepoint Seremban itu tular sehingga menerima hampir 1,000 perkongsian di Twitter.

Ia susulan perkongsian seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Ummi Syuhada Mohd Hazan yang singgah membeli kuih kapit jualan kanak-kanak itu bersama adiknya, Ummi Husna Humaira pada Isnin petang.

Boleh tahan rasa kuih kapit yang dia jual. InsyaAllah kalau lalu nak beli lagi.

UMMI SYUHADA MOHD HAZAN

Mesra disapa Ummi, gadis berusia 22 tahun itu mengakui timbul rasa simpati apabila melihat peniaga cilik itu sanggup berpanas di tepi jalan.

“Masa tu baru jemput adik balik dari sekolah. Sebenarnya dah beberapa kali juga tengok budak tu.

“Tengok dia berniaga tengah panas, memang kesian. Tengok kuih dia pun macam banyak lagi tak terjual.

“Kita pun tak tahu kisah sebenar budak tu, mungkin dia ada masalah keluarga. Adik saya pun ada tanya dia sikit, tapi dia tak jawab sangat,” ujar Ummi sewaktu dihubungi mStar.

Menurut Ummi lagi, adiknya membeli sebalang kuih kapit yang dijualnya pada harga RM25.

Posting Ummi di laman Twitter.

Tambahnya lagi, rasa kuih kapit berkenaan juga agak sedap dan dia tidak teragak-agak untuk membelinya lagi pada masa akan datang.

“Boleh tahan rasa kuih kapit yang dia jual. InsyaAllah kalau lalu nak beli lagi.

“Kalau baca komen di Twitter, ada orang cakap adik tu selalu ada kat surau sebuah mall berhampiran,” jelasnya.

Kata Ummi lagi, dia juga berharap perkongsiannya di Twitter dapat membuka rezeki buat adik itu dan berharap agar lebih ramai insan yang sudi membeli hasil jualannya.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap peniaga cilik itu.

“Pernah nampak masa lalu nak pegi Seremban teringat ada budak yang meniaga depan kilang aku intern dulu… kesiannya.

“Kalau pergi Centrepoint selalu juga nampak dia duduk kat panas jual kuih kapit. Maybe dia t4kut kot nak jual kat area depan Centrepoint. Tapi papehal pun kalau jumpa, kita bantulah dengan beli kuih kapit dia. Tak makan takpe. Beli. Lepastu bagi lah sape-sape pun,” tulis beberapa netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply