Nina Iskandar Mahu Teruskan Sam4n Bekas Isteri Suaminya, Ini Punca Sebenar Yang Berlaku

KEMELUT di antara pelakon Nina Iskandar dan bekas isteri suaminya seperti belum berkesudahan meskipun aktres itu sudahpun mendirikan rumah tangga pada April lalu.

Tuduuhan kononnya Nina sebagai punca Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah dan bekas isterinya kembali menjadi buah mulut netizen sehingga aktres ini tampil menjelaskan perkara sebenar.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

So here’s the story; during the first fitting I didn’t like my gown. At all. It didn’t have the English/French touch I wanted. And was on the verge of breaking down tbh. Despite not having much time, Abg Put had to take down every patching there was and had to do everything from scratch. He assured me not to worry and promised me, “I will do magic.” Four days later I came back for my final fitting. Nearly cried in happiness. I couldn’t stop thanking him. Yes guys, #4hari belongs to the one and only @putraaziz_cosry! 🏆 – Venue: @forestvalleyhall Dais: @rajanurul_wedding Bride’s Gown & Groom’s Attire: @putraaziz_cosry Jewelry: @eumaycojewellery Makeup: @kfbongmakeup @kfbongwedding Hairdo: @ckayliow Photos: @kakitembak_fotografi Wedding Cake: @breadandbutterbyerin Hand Bouquet: @byprettypetals

A post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 28, menyangkal tuduuhan itu dan menjelaskan dia hanya menjalinkan hubungan serius selepas setahun Lan dan bekas isterinya itu berpisah.

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa semua dakwaan itu adalah tidak betul sama sekali. Suami saya dan bekas isterinya sudah berpisah hampir setahun sebelum kami berjumpa dan mereka bercer4i secara rasminya pada Januari lalu bukan Februari.

Antara kenyataan dimuat naik Nina Iskandar di Insta story miliknya.

“Mereka dah lama ada masalah rumah tangga dan saya sendiri pun tak nak campur. Biarlah itu antara mereka. Benda dah lepas dah pun.

“Saya dan suami menjadi rapat dan kami serius hanya selepas semua itu terjadi. Soal jodoh ni rahsia Allah. Kita sebagai ciptaanNya susah nak cakap,” ujarnya.

Selain itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut meluahkan rasa kecewa apabila hal tersebut mula dibangkitkan kembali selepas majlis resepsi perkahwinannya berlangsung Ahad lalu.

“Cuma saya agak kecewa difitn4h menjadi punca mereka (bercer4i) seperti didakwa. Walhal bukti semua ada di dalam telefon bimbit suami saya tetapi kami tidak pernah pun mengaiibkan. Kami cuma simpan segala bukti sekiranya ia amat diperlukan suatu hari nanti.

Nina melangsungkan majlis resepsi Ahad lalu.

“Saya juga telah menghantar notis untuk menyam4n beberapa pihak dan salah seorang daripada mereka merupakan jurusolek.

“Tetapi dia sendiri sudah mengaku bahawa dia telah diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri suami saya.

“Kalau dia betul dia tak akan keluarkan kenyataan seperti didakwa kemudian kenyataan kedua menafikan saya peramp4s dan ada salah faham. Selepas majlis resepsi saya minggu ini dia mula balik buat kecoh,” katanya.

Dalam pada itu, Nina yang berasal dari Brunei tetap dengan pendiriannya untuk menyam4n beberapa pihak termasuk seorang jurusolek atas tuduuhan yang dilemparkan dengan alasan ia telah menjejaskan reputasi dan kariernya sebagai pelakon.

Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang licik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan peniipuan mereka

NINA ISKANDAR

PELAKON

“Untuk pengetahuan anda, kes ini masih dalam proses dan perempuan itu senyap selepas kami menghantar notis. Saya rasa kami sudah cukup bertolak-ansur tetapi nampaknya dia mula ‘menyalak’ semula.

“Hati-hati dengan manusia terutamanya mereka yang licik. Mereka boleh memanipulasi segalanya. Kalau anda tak cukup bijak, anda akan percaya dengan penipuan mereka,” katanya.

Nina mengejutkan industri hiburan apabila melangsungkan majlis resepsi yang berlangsung di Forest Valley Hall, Cheras pada Ahad lalu selepas empat bulan bergelar isteri kepada Lan.

Nina bersama peguamnya, Mohd Irwan Mubarak (tengah), dan Mohd Khairil Abidin.

Nina sebelum ini dikatakan telah mengenali Lan ketika terlibat dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi yang diarahkan Heykal Hanifah.

Pada Mac lalu, Nina mencetuskan kontr0versi apabila didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga pengarah berkenaan.

Susulan itu, Nina mengadakan sebuah sidang media khas menafikan perkara berkenaan dan turut berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah.

Lan sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang pramugari dan bercerai pada Februari lalu setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.