“Comel je dukung masuk kelas..”- Netizen Terhibur Cara Cikgu Ni Pujuk Murid Tahun 1 Masuk Kelas Lepas Gagal ‘Berdiplomasi’.

Teringat zaman sekolah dulu, masa first time nak masuk kelas punya lah takut siap menangis merayu kat mak ayah tak nak pergi sekolah. Last-last mak ayah terpaksa ikut ke kelas dan tunggu sampai habis sesi persekolahan.

Tu belum lagi bercerita ‘part’ cikgu-cikgu yang terpaksa menggunakan segala macam cara untuk memujuk murid-murid yang manja ni..tetibe rasa rindu pulak sobsob..

Tapi bila kita ingat balik, semua ini akan jadi kenangan manis yang kekal terpahat dalam ingatan kita.

Sumber : Bernama, Astro Awani & Google

Haa..korang jangan ingat kejadian seperti itu tak berlaku zaman sekarang ini, malah lebih teruk lagi.

Seorang cikgu di Sekolah Kebangsaan RPS Dalam, Gerik Perak ada memuatnaik foto di facebook miliknya iaitu Yusmie Yusoff, namun disebabkan foto yang dimuatnaik itu rare ia telah mendapat lebih 3k likes sejak ia dimuatnaik semalam

Ini kerana rata-rata netizen terhibur dan berbangga selepas melihat foto yang memaparkan gelagat cikgu tersebut mendukung murid selepas gagal berdiplomasi dan memujuk seorang murid tahun 1 masuk ke kelas.

Untung le kome… Kalau zaman muda dulu memang udah ku tangankan je

Korang tengok la sendiri betapa bersungguh-sungguhnya cikgu tersebut mendukung murid yang enggan memasuki kelas..biasalah tu, setiap murid kan ada kerenahnya.

Menurut Yusmie, kanak-kanak lelaki yang dikendongnya itu merupakan murid tahun 1, dan dia bertindak demikian selepas menggunakan pelbagai cara memujuk murid tersebut namun gagal.

Aku pujuk2, usap2 belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya le cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas.

Sumber : Facebook

Ingatkan dah masuk darjah 3 okay ler, macam tu jugak…Fengsannn

Korang mesti perasan kan dalam gambar tersebut bukan Yusmie sahaja sebaliknya ada cikgu lain yang kelihatan sedang memujuk murid masuk ke kelas.

Difahamkan murid tersebut merupakan murid tahun 3 dan perkara sebegitu terjadi sejak dia tahun 1 lagi.

Admin memang salute betul lah dengan kesabaran dan kepintaran cikgu-cikgu ini berhadapan dengan murid-murid yang pelbagai kerenah.

Malah netizen pun bersetuju dengan admin tau, diorang siap puji lagi Yusmie sebab tidak pernah lelah mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna.

Sweetnyer..

Ngam #cikguPerihatin

Sumber : Facebook

Nasib la cikgu sado

Kat sini admin nak ucapkan terima kasih kepada semua individu yang bergelar guru kerana walaupun dalam penat dan lelah, mereka tidak pernah merungut malah terus mendidik anak bangsa supaya berjaya dalam kehidupan masing-masing.Terima kasih cikgu.

Sumber: Lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply