Connect with us

Hiburan

Hani Fadzil Dedah Persamaan Hidup Sahabatnya Sempena Perkahwinan Yaya Zahir

Published

on

Penyampai radio ERA, Hani Fadzil mendedahkan pengacara HLive, Yaya Zahir merupakan rakan sekelasnya semasa kelas tambahan untuk subjek Prinsip Perakaunan.

Menurut Hani secara kebetulannya mereka meneruskan kerjaya yang berbeza daripada apa yang dipelajari.

Malah mereka berdua juga ditakdirkan berkahwin dengan pasangan majlis tari-menari masing-masing.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.

 

Yaya telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Arriz Azim dengan sekali lafaz pagi semalam.

Pada sebelah malamnya, telah berlangsung majlis resepsi yang diadakan di The Grounds, Petaling Jaya.

Majlis yang bertemakan ‘Black Tie’ itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan artis seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Elfira Loy, Bella Dally dan ramai lagi.

Terdahulu, Yaya dan Arriz Azim mengikat tali pertunangan pada 25 Februari lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending