“Yang ada dalam fikiran dia cuma mengucap syahadah berpuluh kali..” – Linda Rafar Kongsi Pengalaman “Anxiety Attack” dialami Kakaknya

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar berkongsi rasa duka di Instagram (IG) mengenai keadaan kakaknya aktres Liza Rafar yang diserang anxiety kali ketiga.

Menurut Linda, serangan kali ketiga itu berlaku dalam masa seminggu dan lebih teruk berbanding yang pertama dan kedua.

“MasyaAllah, tak dapat nak bayangkan ia berlaku tanpa kita duga…Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakan sukar untuk bergerak.

“Jantung berdebar, sukar bernafas…Yang ada dalam fikiran dia cuma mengucap syahadah berpuluh kali,” katanya.

Bagaimanapun Linda bersyukur kerana ada jiran-jiran yang membantu mengangkat kakaknya dan bawa ke wad kecemasan hospital.

“Hanya diri ini dan Allah…Hanya Dia maha penyembuh…Syukur jiran teman-teman kakak saya sempat angkat dan bawa ke emergency wad.

“Kadang kita tak sangka apa yang boleh berlaku pada tubuh badan kita bila kita terlalu stress, penat, tak jaga makan yang quality dan mengikut waktu, tiada exercise yang betul…Semua adalah penyebab hyperventilation ( Hyperventilation ialah situasi apabila seseorang itu mula bernafas dengan sangat laju),” ujarnya.

Dalam pada itu Linda memberitahu, keadaan Liza kini masih lemah dan sedang berehat di rumah adik mereka, Diana Rafar.

 “Sehingga hari ini kakak masih lagi lemah dan berehat di rumah adik Diana yang menjaga makan minum.

“Dan terima kasih juga kepada adik-beradik lain yang usaha rawatan alternatif dan urutan tradisional serta bekam. Sayang anda semua @zainita04, @asilah_rafar @dianarafar dan @abyzarina yang sudi menjaga.

“Mohon kawan-kawan doakan kakak Linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yg berterusan dan dijauhi dari segala gangguan.

“Jika ada yang tau di mana tempat yang bagus untuk berubat boleh tinggalkan nombor telefon di ruangan komen,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pls pray for my sis @lizarafar 1Hyper ventilation /#anxiety attack buat kali yg ke 3 lebih teruk dari yg pertama dan kedua dalam masa seminggu. … MasyaAllah .. xdpt nk bayangkn ia berlaku tanpa kita duga… Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakn sukar utk bergerak…jantung yg berdebar dan nafas yg sukar.. Yg hanya ada cuma dlm fikiran dia mengucap shahadah, Hyper ventilation /#anxiety attack buat kali yg ke 3 lebih teruk dari yg pertama dan kedua dalam masa seminggu. … MasyaAllah .. xdpt nk bayangkn Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakn sukar utk bergerak…jantung yg berdebar dan nafas yg sukar.. Yg hanya ada cuma fikiran yg blh lg berfikir dan mengucap shahadah berpuluh kali… Hanya diri ini dan Allah.. Hanya DIA maha penyembuh.. Syukur jiran teman2 my sis sempat angkat dan bawa ke emergency wad..?? Kdg kita xsangka apa yg blh berlaku pada tubuh badan kita bila kita terlalu stress, penat, tak jaga makan yg quality dan mengikut waktu, tiada exercise yg betul…semua adalah sebab #hyperventalation #hyperventalating Nak baik sgt la lama… Sehingga hrni akak masih lg lemah dan berehat di rmh adik @dianarafar Yg menjaga mkn minum… Dan tqsm pd adik beradik yg lain usaha rawatan alternatif dan urutan tradisional dan bekam … Love u sister n brother @zainita04 @lindarafar @asilah_rafar @dianarafar @abyzarina /ai yg sudi menjaga…mohon kwnkawan doakan kakak linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yg berterusan dan dijauhi dari segala gangguan… Aamin Hrni baru dpt update keadaan ini kerna ramai yg mesej n dm.. #alhamdulillah #allahthegreatest #allahwithus #pray #zikirullah Mohon ampun yaAllah Sesungguhnya Engkaula maha penerima taubat… Engkaula yg maha mengetahui.. berpuluh kali… Hanya diri ini dan Allah.. Hanya DIA maha penyembuh..Jika ada yg tau kat mne tempat yg bagus utk berubat bole tinggalkan no di bawah ruang comment??

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle turut berkongsi rasa sukarnya apabila diserang anxiety.

Anxiety Disorder berlaku apabila seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan berlebihan sehingga menyebabkan kehidupan sehariannya terganggu.

Anxiety juga merupakan penyakit mental yang serius. Jangan pandang ringan sekiranya ada teman mengadu pernah diserang atau sedang berdepan anxiety!

Ramai netizen turut mendoakan kesihatan Liza Rafar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: lindarafar via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply