“Di Hari Setup Day Tu.. Company Berkenaan Lari”- Stage berpusing pelamin Alha Alfa Problem ??

Untuk merancang sebuah majlis perkahwinan itu tidak mudah buat pasangan pengantin apatah lagi pelbagai perkara perlu difikirkan.

Tidak kisahlah ia majlis besar atau kecil kerana perlu juga merancang agar dapat mengelakkan masalah berlaku.

Bagaimanapun, baru-baru ini hanya disebabkan satu kek mewah di majlis perkahwinan Datuk Alha Alfa yang ‘tumbang’ dia menerima pelbagai kata-kata tak elok.

Namun terbaru, jurusolek dan usahawan terkenal ini tetap positif dengan apa yang berlaku malah kapsyen panjangnya dilaman Instagram membuatkan netizen memuji sikap humble Datuk Alha Alfa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebenarnya banyak kisah yg berlaku ketika persiapan pelamin #alhaalindreams dr @nasgreatidea_weddings .. macam2 dugaan tapi sy selalu percaya, jika suatu keinginan kite tu xdapat dipenuhi 100% tu,..maksudnya allah akan tarik n bawa kedepan dgn rezeki yg lebih lagi insha allah… stage berpusing yg kami tempah beberapa bulan sebelum majlis mampu menampung berat sebiji kereta,..tetapi di hari setup day tu..company berkenaan lari n melenyapkan diri…xpe awak boleh makan duit tu..sy halalkan..jadi, bagusnya abg @nasgreatidea_weddings dalam masa beberapa jam sebelum majlis beliau gigih cari n mencari sehingga berjumpa dgn engineer yg sanggup buatkan stage pusing tu last minit..tetapi xmampu menampung berat SAYA N ISTERI,.jadi perlukan bantuan manusia utk pusingkan..😂🙏🏻 sorry kalu kami berat..ahhaha..itulah namanya belum nak merasa majlis yg perfect..semoga allah perfectkan kehidupan kami selepas kawen..kes kek jatuh tu..pada plan asalnya di stage berpusing tu lah akan ditempatkan kek tu..so kawasan lebih luas n kukuh..tapi disebabkan berat sy n wife pun xleh nak pusing secara automatik..kami mengambil keputusan utk biarkan kek tu kat sudut tu..sbb mmg berat n takut nak angkat dah..yes kek tu bawah kek betul yg lain atas tu structure glass 😊 dalam video nampak sy n sahabat berlaga siku sbb nak hug..nampak seperti ditolak 😂 tapi impian kami kononnya nak hold supaya xjatuh kedepan..rupanya tumbang kebelakang..alhamdulillah roboh time tu..kalau roboh kedepan..jenuhlah kami nak pilih mana intan mana kaca..tiberrr💃🏻💃🏻💃🏻 ada yg kata tu tnda xberkatlah..tanda xpanjang jodohlah..xpelah doa2 kalian tu allah sahaja yg mendengarnya..sy syukur di uji dgn ujian yg ringan macamtu sedangkan org lain lebih teruk lagi..kalau secara positivenya,sy happy sbb setiap kali bercerita pasal wedding sy,sy akan teringat kek tumbang tu..😂😂 pada “owner” atau company yg buat kek tu jgn lah mntak ganti rugi pada @nasgreatidea_weddings , mari jumpa sy,..sy langsaikan sbb salah sy berenti n bergambar kt situ..😊 terima kasih atas semua team yg terlibat..cukup sempurna bg sy.. memory terindah hingga hujung nyawa..❤️

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

Disamping berkongsikan video dekorasi majlis perkahwinannya, Datuk Alha turut berkongsikan dugaan lain yang juga dihadapinya.

Alhamdulillah… baik betul dato…

Bagaimanapun, netizen memberikan respon positif dan mendoakan yang baik-baik saja buatnya dan isteri.

Semua majlis ada dugaannya…

Tahniah dato…

 

Sumber: Datuk Alha Alfa via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.