Haqiem Rusli Siapkan Lagu Han Byul Dalam 10 Minit

Pasti ramai tahu lagu Luk4 dan Bahagia nyanyian juara Big Stage musim kedua, Han Byul trending di laman YouTube pada hari pertama ianya dilancarkan. Memang berhantu lagu ciptaan penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli.

Haqiem mendedahkan dia mengambil masa 10 minit untuk menyiapkan lagu single tersebut. Idea untuk bekerjasama dengan penyanyi Korea Selatan itu diundang menjayakan segmen persembahan duet.

“Single Lvka dan Bahagia saya siapkan dalam tempoh 10 minit. Cuma liriknya sahaja mengambil sedikit masa.

“Ketika sesi latihan, saya beramah mesra dengan semua peserta. Saya turut menyapa Han Byul dan kemudian didekati pengurusnya.

“Tanpa diduga, pengurusnya meminta saya mencipta lagu Han Byul. Selepas berbincang, termeterailah kerjasama ini,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Haqiem tidak percaya lagu tersebut menjadi trending dan mengakui tidak meletakkan harapan tinggi ketika mencipta lagu berkenaan. Ujarnya lagi, dia tidak menolak idea untuk menerbitkan lagu berkenaan dalam versi bahasa Korea.

“Saya cipta lagu ini tanpa meletakkan harapan tinggi. Lagu ini istimewa kerana dinyanyikan artis Korea dalam bahasa Melayu dan diterima ramai,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

are you ready for “Luka dan Bahagia” #LukaDanBahagia #HanByul #StudioSession

A post shared by @ haqiemrusli98_ on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply