“Bukan strategi untuk gimik murahan” – Erra Fazira terkejut Shahir terima ‘lamarannya’

PENAMPILAN penyanyi Shahir Zawawi dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Menangkah Cinta bukan untuk dijadikan sebagai gimik murahan.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, pemilihan Shahir dibuat selepas perbincangan dan kata sepakat semua pihak.

Malah, pada awalnya Erra mendedahkan dia memilih vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie memandangkan mereka mempunyai projek khas pada tahun hadapan.

Erra dan Shahir masih berhubung sebagai rakan biasa.

“Saya dan semua team nak cari model untuk video klip itu yang sudah dikenali. Jadi, ada beberapa nama dicalonkan seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak.

“Tapi nama Shahir terpilih selepas mendapat kata sepakat, bukan atas persetujuan saya seorang. Bukan strategi yang dirancang untuk dijadikan gimik murahan.

“Kalau ikutkan, saya memang nak Awie sebab tahun hadapan kami ada projek istimewa bersama tapi jadualnya tidak sesuai,” katanya kepada mStar.

Erra ditemui ketika sidang media bersama Erra Fazira ‘Menangkah Cinta‘ di New World Petaling Jaya Hotel, Kelana Jaya, pada Rabu.

 

Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

ERRA FAZIRA

Penyanyi dan pengacara

Video muzik yang menampilkan Shahir sebagai pelakon utama akan dilancarkan di saluran Youtube pada pukul 8 malam, Rabu.

Sebelum ini, Erra mendedahkan hubungan dia dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sudah berakhir sejak Januari lalu.

Bagaimanapun, mereka masih mempunyai hubungan baik dan dia reda apabila rancangan untuk berumah tangga dengan penyanyi itu tidak kesampaian.

Dalam pada itu, pengacara program Mingguan Wanita ini memberitahu dia terkejut apabila Shahir menerima ‘lamarannya’ untuk muncul dalam video muzik itu.

Erra tampil dengan single terbaharu berjudul Menangkah Cinta.

Pada mulanya Shahir menolak disebabkan mempunyai komitmen lain dan pelakon Ungku Ismail menjadi pilihan namun perubahan berlaku pada saat akhir.

“Ikutkan awalnya, Shahir menolak sebab ada komitmen lain dan Ungku Ismail pula setuju nak bekerjasama dengan kami.

“Tapi tiba-tiba Ungku ada komitmen lain dan secara kebetulan Shahir hubungi saya semula mengatakan dia setuju nak berlakon dalam video muzik saya.

“Saya takut nak ajak dan jangkaan saya, Shahir tidak mahu tapi terkejut pula apabila dia terima pelawaan saya,” ujarnya. 

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply