“Trag3di memaIukan tersvngkur di pentas…” – Ini Kata-Kata Neelofa Buat ‘Dewi Remaja’ Tersvngkur

Pengacara popular Neelofa tampil memberikan kata-kata semangat kepada peserta Dewi Remaja 2019/2020, Farzana Zainul yang berdepan ins1den memaIukan tersvngkur di pentas peragaan baru-baru ini.

Kata Neelofa yang juga bekas Dewi Remaja 2009/2010, situasi itu merupakan ironi dalam dunia sebenar bergelar selebriti.

“Kehidupan selepas Dewi Remaja (jika dia memilih untuk berada dalam industri) akan jadi begini.

“Tetapi sekiranya dia terus mengawal situasi dengan penuh bermaruah dan yakin sepertimana dilakukan baru-baru ini, dia akan cemerlang. Selamat maju jaya,” tulis Neelofa menerusi akaun Twitternya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DETAILS Volumnious sleeves and some sparkling @swarovski to elevate your look. @rizalman71 @hautecouturebyrizalman @swarovski @nathaliecolin_ @influencerawardsmonaco #IAM2019 #entrepreneur #hijabi

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Dalam insiden terbabit, Farzana tidak semena-mena terjatuh sebanyak tiga kali ketika sesi pengenalan peserta Top 20 Dewi Remaja 2019/2020 kelmarin.

Biarpun tidak terpilih untuk senarai Top 12, Farzana menjelaskan situasi itu disebabkan masalah karpet berlubang.

Susulan kejadian itu, ada segelintir pelayar laman sosial mendakwa ia sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan rancangan itu. Namun, ini penjelasan Farzana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

collection baju kurung from @nuritaharith

A post shared by zaza / farz (@farzanazainul) on

“Itu bukan dirancang atau strategi pemasaran. Mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.

“Terima kasih atas kata-kata semangat daripada semua, saya okey cuma lutut saya leb4m,” katanya.

Pencarian pemenang untuk Dewi Remaja Edisi Ke-10 (2019/2020) bakal bermula tidak lama lagi!

Scha Alyahya dipilih sebagai juri tetap bagi bergandingan bersama Yusry Abdul Halim.

Sementara itu, selebriti jelita Amelia Henderson pula dipilih sebagai hos bagi Dewi Remaja musim terbaru ini.

Dewi Remaja 2019 bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply