Bawa Pulang RM50000, Zul Huzaimy Juara All Stars Buka Panggung

Naib juara pula milik Noorkhiriah dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi. Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi. Hadiah diserahkan oleh Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat pagi semua…. Inilah kami…. @zulhuzaimy_m @aarondwiaziz @ritrud727 @khiriah17 Bersama Seri Dewi Panggung @errafazira Finalist #allstarsbukapanggung Jumaat ini 18 October 2019 9 malam Di Astro Warna dan Warna HD #zulhuzaimy_m #zulhuzaimyasbp #katakantidakpadaskrip #spark #sparkisback #sparkisreal #sparkmalaysianclub

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m) on

Sementara itu, penerima sumbangan minggu ini adalah pelakon dan pelawak lagenda Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha. Hamid menerima sebanyak RM4,000 yang disalurkan menerusi juara mingguan.

Pusingan final yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam itu turut diserikan dengan artis jemputan Ropie, Ebby Yus, Ali Puteh dan Nabila Razali. Malah, final ASBP turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari ratu dangdut, Mas Idayu, Juzzthin serta Nabila Razali. ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara. Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

Penjurian pula 100 peratus dari penonton yang boleh mengundi secara atas talian.ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand. Program ini bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply