“Seorang Yang Merendah Diri”, Keputusan 4.00 Sebanyak Tujuh Kali, Neelofa Cari Graduan Cemerlang Ini Sebabnya

Kebanyakkan universiti ketika ini sedang sibuk menjalankan Istiadat Konvokesyen di universiti masing-masing bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Pelbagai reaksi yang ditampilkan oleh para graduan dan ibu bapa sama ada berbangga dan juga menangisi kejayaan yang diperolehi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ending my last show with the forever zestful @miumiu #miumiuSS20 #miucciaprada

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Media sosial sejak semalam hebah memperkatakan mengenai seorang graduan cemerlang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berjaya menamatkan pengajiannya dengan PMK 3.99. Keputusan itu diiringi oleh kecemerlangannya yang memperolehi PMS 4.00 selama 7 semester berturut-turut.

Nur Athirah binti Rushami Zien, merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan turut terpilih sebagai penerima Biasiswa Majlis Raja-Raja semasa di tahun kedua pengajiannya. Kecemerlangannya menjadi kebanggaan rata-rata rakyat Malaysia malah turut mendapat perhatian daripada pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi, Neelofa.

Seorang gadis yang tersusun dan merendah diri. Tahniah kepada awak! Tolong ‘tag’ dia dalam ruangan komen sekiranya ada yang mengenalinya. Saya nak raikan kejayaannya dengan hadiah.

Menerusi kapsyen yang diturunkan oleh pengacara terkenal itu, Neelofa berhasrat untuk meraikan kejayaan yang diperolehi graduan daripada UUM. Ekoran itu, dia meminta warga Twitter untuk membantunya dengan memberi tanda tag bagi akaun Twitter gadis berkenaan di rungan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menurunkan akaun Twitter Nur Athirah dan tidak kurang juga yang memuji sikap yang ditonjolkan oleh Neelofa.

“Neelofa mempunyai hati yang baik. Saya mengagumi anda”

“Wow Alhamdulillah. Kagum sangat pada anda Lofa”

“Meremang bulu roma..ya Allah! Semoga dia terus success dan bahagia dunia akhirat!”

“Wow syabas lofaa”

Sumber: Neelofa via Siakapkeli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply