“Semalam Adalah Hari Paling Aku Behave, Duduk Dekat Satu Sudut Sambil Tengok Majlis Tunang Gadis Ini Semalam” Naim Daniel

Bersempena dengan majlis pertunangan kakaknya, Emylia Izzati Baharin pada 20 Oktober lalu, penyanyi dan pelakon Naim Daniel ada menitip kata penuh makna buat wanita berkenaan.

Kongsi penyanyi lagu Sumpah ini menerusi Instagram, dia berdoa seterusnya mengharapkan agar insan yang di sayanginya itu berada dalam jagaan lelaki yang baik.

“Semalam adalah hari paling aku behave, duduk belakang-belakang, tak cakap banyak, just sit at one corner sambil tengok majlis tunang gadis ini semalam.

“Yang nak ambil gambar dengan aku pun aku cakap “Yang tunangnya kakak, bukan saya.” It was her day. Sedih dia macam nak nikah pula. Bangang betul. Insyaallah kakak akan berada dalam jagaan orang yang baik,” tulisnya.

Naim pada masa sama turut berkongsi memori indah bersama kakak tersayang.

“Selama dia take over tugas mama jaga aku kehulu ke hilir, make up, gosok baju, beli makan minum, call organiser, kejut bangun, masak maggi, check in flight, bawa aku keluar dari crowd, backup kalau ada netizen giIa kec@m, I can say that tunang dia bukan sahaja akan ambil kakak aku. Tapi girlfriend aku.

“My freaking girlfriend yang dulu carry aku naik bmx warna biru dekat flat sri pulau pinang masa aku kecil dulu sampai jatuh lebam kepala.

“My fre@king girlfriend yang sanggup bod0hkan diri dia demi buat aku gelak. My freaking girlfriend. Yes, semua dialah.

Ini pun dia cakap merajuk sebab aku tak buat any appreciation post pasal dia.

“Bukan sebab apa, aku rasa family adalah aku punya final thing yang aku nak public tahu sebab diorang jelah my very last big thing yang aku nak reserve untuk aku je.

“Tu pasal masa haritu kes kena kec@m bagai tu, orang tak tahu yang dia ni kakak aku. Tapi tak apalah. A little posting won’t hurt orang kata. Bang@ng ah, aku sedih,” tulis Naim panjang lebar.

Lalu, kapsyen indah itu sekali gus disusuli dengan ucapan tahniah dari para peminatnya.

Sumber : Media Hiburan via transformasi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply