Hebat abang bomba! Hanya seru ‘mai mai’ kucing terbiar Iari pecut trkam pagar rumah

“BILA saya panggil ‘mai mai’ (mari mari), semua pakat serbu pintu pagar belakang rumah,” demikian kata seorang lelaki yang videonya memberi makan kucing-kucing terbiar berhampiran rumahnya tular di laman sosial.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohamed Zulfadhli Azmi berkata, rutin memberi makan kepada kucing-kucing berkenaan dilakukannya setiap pagi sejak hampir setahun yang lalu sebelum pergi kerja.

Bertugas sebagai seorang pegawai bomba, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Zulfadhli berkata, kucing-kucing berkenaan akan dijamu dengan ikan yang dibeli setiap hujung minggu di pasar.

“Mula-mula hanya dua ekor saja yang datang makan, sekarang sudah bertambah sehingga sepuluh ekor yang datang ke rumah saya. Mungkin dah beranak pinak.

“Memandangkan bilangan kucing-kucing ini makin bertambah, saya akan beli ikan di pasar setiap hujung minggu. Biasanya saya akan beli dua hingga tiga kilo setiap minggu. Jenis ikan yang saya beli tak tentu juga, kadang-kadang ikan kembong, kadang-kadang ikan selayang.

“Kos yang dibelanjakan tidak menentu, bergantung kepada harga ikan. Secara purata saya hanya keluarkan kira-kira RM19 setiap kali membeli,” ujarnya.

Selain memberi makan kucing terbiar, Zulfadhli turut memelihara lima ekor kucing di rumahnya.

Tambah Zulfadhli lagi, kucing-kucing terbiar tersebut seolah-olah sudah terbiasa dengan rutin ‘dijamu’ selepas waktu subuh setiap hari.

“Disebabkan sudah kenal siapa yang suka beri mereka makan, kadang-kadang tu masa saya keluarkan ikan dari peti ais pun mereka dah cam. Ada yang nakal sedikit, siap panjat tingkap.

“Bila dah tiba masa nak beri makan, saya panggil ‘mai mai’ (loghat utara), masing-masing yang sedang bermain atau berkeliaran secara automatik serbu pagar belakang rumah saya,” ujar pemuda berusia 31 tahun ini.

Video yang dimuatnaik adik Zulfadhli di Twitter menjadi tular sehingga meraih lebih 18,000 retweet.

Dalam pada itu ujar anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini, dia amat bersyukur kerana jiran sekeliling amat memahami tabiatnya itu.

“Apa yang penting, saya tetap menitikberatkan kebersihan. Setiap kali beri makan, saya pastikan kucing-kucing ini diberi makan di satu tempat dalam satu bekas. Tak mahulah nanti jiran-jiran terganggu dengan bau atau sisa ikan dan sebagainya,” ujar Zulfadhli.

Bila dah tiba masa nak beri makan, saya panggil ‘mai mai’ (loghat utara), masing-masing yang sedang bermain atau berkeliaran secara automatik serbu pagar belakang rumah saya.

MOHAMED ZULFADHLI AZMI

Sebelum ini video yang memaparkan sekumpulan kucing berlari pecut tatkala dipanggil untuk dijamu makan, mengundang perhatian netizen.

Video yang dimuatnaik di Twitter oleh seorang pelayar yang juga merupakan adik kepada Zulfadhli itu sehingga kini meraih lebih 18,700 retweet selain ditonton sehingga 190,000 kali.

Video berkenaan turut mengundang komen positif netizen yang memuji tindakan lelaki berkenaan, malah turut mendoakannya dimurahkan rezeki kerana sifat mulianya itu.

Antara komen netizen yang memuji tindakan Zulfadhli memberi makan kucing terbiar.

“Sebenarnya saya hanya masukkan video tersebut dalam WhatsApp group keluarga, tapi adik saya, Nurzaimah yang muatnaik di Twitter.

“Langsung tak terfikir ia akan jadi tular. Cuma apabila membaca komen-komen positif netizen, saya rasa terharu. Sekurang-kurangnya ia boleh menghantar mesej kepada orang di luar sana.

“Saya rasa sangat puas dapat beri kucing-kucing makan. Apabila melihat mereka kekenyangan, saya rasa lega. Moga-moga ini menjadi amal jariah saya kerana kita tak sedar, mungkin Allah akan balas dalam bentuk rezeki yang lain kepada kita,” katanya lagi. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tudiaaaa pakat lari pecut. Seronok noo orang jamu makan. #mstarkongsi #mstarSH

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.