Fasha Sandha Sambut Hari Lahir Jemyma Ke-5 Bertema Unicorn, Jejai Turut Sama Hadir

Pelakon popular, Fasha Sandha telah meraikan majlis ulang tahun kelahiran anaknya, Putri Raysha Jemyma yang ke-5, semalam. Majlis tersebut diadakan di pusat membeli-belah terkenal, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Bertemakan unicorn, kanak-kanak perempuan comel itu dilihat cukup gembira apabila mendapat hadiah daripada tetamu yang hadir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur Alhamdulillah #jemymaturns5 Terima kasih Buat keluarga yang hadir ❤️? #jemymaturns5 Thank You @mryayapartystation @ainacopartynsuch @kizsports @ijoy89 @cameo.x @badrulazhar_ ?❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Selain itu, bekas suami Fasha iaitu Jejai yang juga bapa kepada Jemyma turut sama hadir meraikan majlis berkenaan termasuklah rakan-rakan selebriti seperti Ozlynn, Sajat dan ramai lagi.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Kini bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz dan Fasha diijabkabulkan pada 30 Mac lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Foto: Instagram Fasha Sandha via MH

Be the first to comment

Leave a Reply