Bertemu semula dengan pramugari 15 tahun lepas, lelaki ini yang sebelumnya penumpang kini jadi rakan sekerja

Masihkah anda ingat pengalaman pertama anda ketika menaiki pesawat untuk ke suatu destinasi? Sudah pasti anda berasa teruja malah mungkin ada yang rasa takut, bukan? Mata pasti akan meliar memandang persekitaran dek kerana begitu teruja.

Baru-baru ini, foto seorang lelaki dari Ch1na tular di internet dan mendapat perhatian netizen, di mana foto itu menunjukkan perubahan dalam tempoh 15 tahun – iaitu ketika dia pertama kali menaiki pesawat dan foto terkini.

Moretify

Pada sekitar tahun 2004, Xu Yanfeng yang berusia 5 tahun menaiki pesawat untuk pertama kalinya. Dia pada ketika itu tidak langsung berasa takut dan sempat bergambar dengan pramugari yang bertugas pada ketika itu.

Beberapa tahun kemudian, Yanfeng yang meneruskan pengajian dalam bidang kru penerbangan di Akademi Penerbangan Awam Ch1na, memutuskan untuk bertugas sebagai pramugara. Sememangnya, memori masa silam Yanfeng memberi impak dalam kehidupannya.

Moretify

Dia difahamkan sudah memulakan latihan amali sebagai pramugara untuk syarikat penerbangan Ch1na Eastern Airlines. Secara tiba-tiba, Yanfeng melihat semula foto 15 tahun lalu yang diambilnya ketika dia masih kecil dahulu.

Serta merta dia teringat kembali pengalamannya ketika kecil dahulu dan kini dia pula bertugas sebagai petugas kru kabin yang profesional. Dia kemudian memutuskan untuk berkongsi foto itu dalam kalangan rakannya.

Keesokan harinya, penyelia Yanfeng datang menemuinya dan bertanya, “Mahukah kamu melihat wanita muda di dalam foto ini? Saya akan bawa kamu berjumpa dengannya”.

Moretify

Dengan tidak disangka-sangka, ternyata wanita bersama Yanfeng di dalam pesawat itu, iaitu Fang Wei masih mengenalinya. Saat itu amat emosional buat mereka. Menurut Fang Wei, dia masih lagi ingat budak lelaki yang agak montel 15 tahun lalu.

Akur dengan pengalaman bermakna antara mereka berdua, penyelia itu kemudian mengaturkan agar Yanfeng bertugas di bawah seliaan Fang Wei. Kini, mereka merupakan rakan kerja dan Yanfeng pula merupakan perantis bagi Fang Wei. Siapa sangka, bukan?

Waktu lapang ketika bertugas memberikan mereka peluang untuk bergambar bersama maka bagi ‘menghidupkan semula’ kenangan 15 tahun yang lalu. Walau sudah beberapa tahun berlalu namun perasaan itu masih sama. Ia merupakan satu takdir yang bermakna buat mereka!

Sumber  : EB Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply