“Abang cer4ikan sayang dengan talak satu” – Da’i Farhan mengaku cer4i isteri pertama dan jawab isu lakukan keker4san

KONTR0VERSI perkahwinan kedua pendakwah bebas Da’i Nik Farhan semakin hangat apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah mencer4ikan isteri pertamanya Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, dia mencer4ikan Fatin dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatApss pada tengah hari Selasa.

“Yang cer4i itu betul… ustaz cer4ikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” tulisnya kepada mStar.

Da’i Farhan berkahwin dengan Aireen di Makkah (kanan) tanpa pengetahuan isteri pertamanya Fatin (kiri)

Bagaimanapun, Nik Farhan menafikan dia telah melakukan keker4san terhadap wanita itu seperti ditudvh seorang individu di laman sosial.

Nik Farhan berkata, dia juga tidak berada di luar negara seperti didakwa wanita terbabit..

“Ini fitn4h kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cer4i itu betul yang (tuduhan) lain fitn4h,” ujarnya.

Selain itu, Nik Farhan enggan mengulas lanjut berkaitan punca dia mencer4ikan isteri pertamanya itu.

 

Ini fitn4h kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya.

DA’I FARHAN

PENDAKWAH BEBAS

Dalam pada itu rakaman suara lafaz cer4i yang dipercayai milik Nik Farhan turut tersebar di media sosial.

Lafaz cer4i itu antaranya berbunyi: “Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang cer4ikan sayang dengan talak satu.”

Pada malam Selasa, tular kenyataan seorang individu di Facebook yang menuduh Farhan mencer4ikan isterinya yang kini sedang sarat hamil.

Individu yang dikenali sebagai Asiah itu membuat tuduhan pendakwah tersebut telah mengvrung dan memvkul wanita berkenaan.

Dalam pada itu, menerut sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahk4mah Rendah Syariah Besut, Terengganu bagi menguruskan percer4ian berkenaan.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan Nik Farhan yang menikahi seorang janda beranak lapan yang dikenali sebagai Dr Aireen di Makkah.

Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila seorang rakan baik isterinya mendedahkan perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama yang sedang sarat mengandung.

Bagaimanapun, menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat lalu, Nik Farhan berkata, tudvhan dia berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan hasrat tersebut kepada isteri pertama dan keluarganya.

Nik Farhan juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 berjaya membuatkan hatinya terbuka menerima hasrat itu.

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.