Hormati perasaan isteri hamil.. Giliran Mufti Pula Ulas Isu Cer4ikan Isterinya Ketika Hamil

BEBERAPA jam selepas kisah percer4ian pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan Nik Mohamad dengan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris tular di media sosial, isu itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan.

Menerusi satu posting di Twitternya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuat perkongsian semula mengenai hukum mencer4ikan isteri ketika hamil dan juga cer4i menggunakan aplikasi WhatsApp.

Kedua-dua hukvman itu pernah disiarkan dalam laman web mufti pada Disember tahun lalu.

Menurut Zulkifli, majoriti ulama setuju bahawa hukum mencer4ikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak har4m dan tidak juga makruh. 

Posting berkaitan hukvm percer4ian yang dikongsi Zulkifli di Twitternya.

“Tapi suka juga kami ingatkan, seseorang isteri yang mengandung akan menghadapi keletihan dan tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya.

“Apabila berlaku percer4ian, ia akan menambahkan lagi penderitaan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung, sekaligus menjejaskan kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan si ibu.

“Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiar sebelum melafazkan cer4i terhadap isteri,” katanya.

Mengenai percer4ian menerusi WhatsApp pula, Zulkifli berkata talak akan jatuh jika dilafazkan suami kepada isteri sama ada secara jelas sekalipun tanpa niat dan juga secara kinayah (samar-samar) jika disertakan dengan niat.

“Tiada pengecualian di dalam syarak jika talak berkenaan disebutkan ketika waktu normal, berg4duh mahupun bergurau-senda. Ini berdasarkan sebuah hadith:

Da’i Farhan mencer4ikan isteri pertamanya menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApp pada tengah hari Selasa.

“Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.” [Riwayat Abu Daud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039).”

Jelasnya lagi, lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih (jelas) dan kinayah (samar-samar).

“Bagi lafaz sarih ada tiga perkataan yang jika disebutkan jatuhlah talak, perkataan tersebut ialah cer4i, pisah dan lepas.

 

Seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiar sebelum melafazkan cer4i terhadap isteri.

DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI.

Mufti Wilayah Persekutuan.

“Manakala lafaz kinayah adalah lafaz yang samar-samar. Sama ada jatuh atau tidak talak adalah bergantung kepada niat si suami,” katanya.

Beliau berkata, lafaz cer4i menerusi WhatsApp termasuk di bahagian kinayah, bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59.

“Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.

Da’i Farhan bernikah dengan isteri keduanya di Makkah (gambar kanan) tanpa pengetahuan bekas isteri pertamanya.

“Semua pencer4ian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah pencer4ian yang tidak menepati adab pencer4ian yang digariskan oleh syarak,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli turut berkongsi hukum isteri melarang suami berkahwin lain di Twitternya yang pernah dijelaskan pada 15 Oktober lalu.

“Hukvm isteri melarang suaminya untuk berpoligami tidak berdosa, sekiranya dibuat atas dasar nasihat, Syura demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kez4liman dan penindasan terhadap haknya.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan masyarakat agar sentiasa mendidik wanita dengan keperibadian Muslimah dan menjaga hak-hak mereka daripada ditindas atau dil4nggar,” katanya.

Tegas Dirinya Difitn4h, Tapi Peguam Dakwa Dedah Bukti Da’i Farhan Memang Betul Ada Di China Dengan Wife Kedua?

Menurut Asiah di laman Facebooknya, dia bertanggungjawab atas segala fakta yang disampaikannya dan sebagai seorang peguam dia juga telah dilatih untuk mengumpul dan mengesahkan bukti sebelum berbuat apa-apa tindakan.

Lebih mengejutkan, Asiah juga telah mendedahkan gambar Da’i Farhan dan isteri keduanya di Instagram yang mengakui sedang dalam perjalanan ke Guangzhou, China. Alamak terciduk ke? 

 

 

Sumber  : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.