Ustaz Abdul Somad, isteri sah bercer4i

Tribunnews mel4porkan, hakim di mahk4mah sy4riah Bangkinang meluluskan permohonan cer4i Ustaz Abdul Somad, 42, dengan isterinya, Mellya Juniarti semalam.

Mahkamah membuat keputusan itu tanpa kehadiran penceramah popular berkenaan manakala Mellya, 29, dilaporkan datang lewat.

Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012 hanya diwakili peguam masing-masing.

Jurucakap mahkamah, Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad sudah mendaftar untuk mencer4ikan isterinya sejak 12 Julai 2019.

“Mahkamah sudah bersidang sebanyak 11 kali termasuk proses rundingan,” katanya.

Ujarnya, pasangan itu mempunyai tempoh 14 hari untuk menerima keputusan berkenaan atau membuat rayuan.

Sementara itu, Mellya ketika ditemui wartawan di luar mahkamah enggan memberi komen mengenai d4kwaan Ustaz Abdul Somad kurang memberi nafkah zahir.

“Saya enggan memberi komen. Tanyalah ustaz kerana dia yang membuat permohonan (cer4i),” katanya kepada Tribunnews.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply