“Humble & down to earth” – Raja Permaisuri Agong Naik ERL Pergi KLIA Buat Netizen Kagum

Baru-baru ini, Raja Permaisuri Agong kita memuatnaik sekeping dua gambar Baginda sedang menaiki ERL untuk ke KLIA.

Ye, korang tak silap baca — kalau tak percaya, pergi la tengok sendiri kat Twitter bonda kesayangan rakyat Malaysia ni, @cheminahsayang.

Sangat jarang kita tengok orang-orang kenamaan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kita kalau nak kemana-mana, tapi tidak bagi Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sikap down to earth beginilah yang membuatkan Baginda lain daripada yang lain, sekali gus menjadikan Baginda begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Tunku Azizah mendedahkan, memang sebelum bergelar Raja Permaisuri Agong lagi — Baginda seringkali menggunakan khidmat pengangkutan awam tersebut untuk pergi ke KLIA.

Netizen kita pun, apa lagi — memang mudah ‘cair’  tengok kerendahan hati Tunku Azizah kita ni.

Memang bersahaja je Raja Permaisuri Agong ni kan? Rupanya Baginda berangkat ke India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi hari ini.

Safe journey Tunku!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply