Kanak-kanak Sindrom Down Pujuk rakan Autism yang menangis menyentuh hati orang ramai

Tidak kira sempurna ataupun tidak, setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini semestinya memiliki hati dan perasaan. Kadang kala, mereka yang dilahirkan serba kekurangan lebih memahami kesedihan yang dialami oleh orang lain.

Dan tidak semua individu tahu cara terbaik untuk memujuk seseorang yang mengalami hari yang sedih dan suram. Itulah yang telah dibuktikan oleh seorang kanak-kanak istimewa yang menghidap Sindrom Down ini.

Salah seorang rakannya di sekolah yang menghidapi autism difahamkan mengalami hari yang suram dan kelihatan sangat sedih. Melihat keadaan rakannya yang mengalirkan air mata, budak lelaki Sindrom Down terbabit lantas melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Seperti turut merasai kesedihan yang dialami rakannya, budak lelaki berkenaan kemudian bertindak menyapu air mata yang mengalir di pipi rakannya itu. Selepas itu, dia segera memeluk dan mencium kepala rakannya.

Mereka berdua berpelukan untuk seketika sebelum budak lelaki yang menghidapi Sindrom Down tersebut dilihat menepuk-nepuk bahu rakannya seperti mahu berkongsi kesedihan itu bersama dengannya.

Dia kemudiannya cuba untuk menghiburkan rakannya itu dengan cara tersendiri apabila dia dilihat mengangkat kedua-dua tangan rakannya ke udara dan digerak-gerakkan mengikut gerak tangan lagu Jadoo Ki Jhappi.

Aksinya kedua-dua anak syurga itu difahamkan berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Mexico dan  berjaya dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook oleh akaun Jalisco oculto.

Ia walau bagaimanapun telah tular di laman berkenaan dan sehingga kini telah menerima 153,000 reaksi. “Walaupun kelainan upaya namun, mereka mempunyai nilai empati lebih tinggi berbanding insan normal”, tulis seorang pengguna.

Dua kehidupan yang berbeza namun mempunyai satu ikatan persahabatan yang sangat utuh

Ada juga pengguna yang memuji didikan positif yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit

Sedangkan kanak-kanak istimewa sebegini mampu menzahirkan rasa simpati kepada insan lain yang bersedih, maka kita sebagai insan yang normal juga seharusnya menunjukkan contoh yang baik bukan? Sama-sama kita ambil iktibar daripada perkongsian ini ya!

VIDEO :

[videopress CQjS3WSq]

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply