Tunai Umrah Bersama Keluarga Besar, Abby Abadi Sediakan Stok Susu 10 Hari Untuk Baby D

Pelakon Abby Abadi yang kini berada di tanah suci Makkah menunaikan ibadah Umrah menyediakan stok susu untuk anaknya, Muhammad Danial Firman yang masih berada di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Berkongsi perkara terbabit di laman Instagram miliknya, Abby turut berterima kasih kepada pelakon Memey Suhaiza yang turut sama membantu untuk menyediakan stok susu anaknya yang dilahirkan pra matang pada 27 September lalu.

“Setelah berkira-kira, stok susu yang ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10 hari, Insya-Allah.

“Terima kasih tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama. Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yang 2oz, ada yang 3oz, yang 4oz pun ada.

“Baby Danial minum 13cc sekarang. 1oz bersamaan dengan 30cc. Katalah 1 plastik beg boleh minum lima sehingga enam kali, cukupkan? Lebih lagi untuk 10 hari Insya-Allah,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH ? . TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama. Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH ? . Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang ☺️ . Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Selain itu, Abby turut berkongsi mengenai perkembangan terbaru Danial.

“Dah 69 hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974 gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang .

“Mama Abah, Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan Kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari Allah..

“Mohon juga doa berterusan dari sahabat-sahabat disini juga ye.. Amin,” tulisnya lagi.

Abby menunaikan ibadah Umrah dengan suami, Muhammad Faizal Zakaria, serta bersama Norman Hakim, Memey Suhaiza dan anak-anak mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply