Connect with us

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-39 Di Turki, Datin Alyah Bergaya Sakan

Published

on

Penyanyi Datin Alyah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-39 semalam di Istanbul, Turki.

Menerusi laman sosial Instagram, Alyah berkongsi momen indah meniup lilin kek hari jadi bersama teman-teman dari Malaysia untuk tatapan umum.

“Terima kasih korang atas ingatan dan masa yang diluangkan.

“Amat bermakna bagi saya alhamdulillah. Kepada yang tag atau text saya, sedalam-dalam terima kasih buat semuanya. Ucapan dan doa yang dihadiahkan buat saya amat saya hargai,” tulis Alyah sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m officially 39th TQ Allah swt for everything TQ everybody for the doa and for whishing me birthday Alhamdulillah…. Good start for 2020

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Hasil tinjuan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar Alyah terus maju untuk tahun baru 2020.

“Happy birthday sahabat. Saya doakan kerjaya datin berjaya. Sihat segalanya dan happy selalu,” ujar penyampai radio DJ Sonic.

“Sanah helwah to my lovely adik. Stay humble dan beautiful,” ujar bintang Gegar Vaganza 2019 Noorshila Amin.

“Happy birthday datin, kita sama-sama Capricorn, memang jenis tak pandai give up. I’m so proud of you datin, selamat maju jaya,” doa seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Alyah yang berasal daripada Gelang Patah, Johor mula mencipta nama pada tahun 2008 menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.

Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan ini kemudian bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis di Indonesia pada 18 Mac 2013.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending