“Kasihannya kena tanggung tiga orang anak tiri” – Issey kesal

 

MESKIPUN belum sebulan penyampai radio Suria FM Issey bergelar suami kepada seorang ibu tunggal, sudah ada individu yang tidak berpuas hati dengan melontar komen berbaur sindiran terhadap isterinya, Noor Aimi Jamel, 32.

Menerusi ruangan komen di Instagram milik Aimi, seorang individu yang menggunakan akaun palsu menyifatkan Issey seorang yang bernasib malang apabila terpaksa menanggung tiga orang anak tirinya itu.

“Kasihannya Issey kena tanggung tiga orang anak tiri,” tulisnya.

Komen berbaur sindiran yang ditinggalkan seorang individu di laman Instagram milik isterinya.

Komen itu menarik perhatian Issey yang beranggapan dia berasa bahagia apabila dikurnia tiga orang anak tiri dan menyifatkan mereka sebagai amanah dari Allah.

“Lagi happy adalah sis. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya?

“Ni komen dekat Instagram isteri Issey. Biarlah orang nak kata apa Aimi… Janji you tetap my Stephen Chow.

“Sebenarnya saya dan isteri okay… saja nak kongsi jenis-jenis pemikiran manusia. Kita doakan dia berubah sajalah,” katanya.

Sementara itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti seperti Nadzmi Adhwa, Noorkhiriah, Feeya Iskandar dan Izzue Islam dilihat memberi semangat buat Issey terus menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik.

 

Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya?

ISSEY

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

“Jangan hiraukan mereka Sey! Jumpa depan-depan tak berani pula kata macam tu!

“Orang yang membesarkan anak yatim itu pahalanya besar dimata Allah. Ia menjadi manusia mulia, jangan dengarkan apa kata orang.

“Orang komen macam tu pengecut! Dah la pakai Instagram fake tak ada gambar!” tulis mereka.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, bergelar suami kepada Noor Aini yang merupakan seorang ibu tunggal anak tiga dengan sekali lafaz pada sebuah majlis yang meriah di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember tahun lalu.

Dalam majlis itu, Issey menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply