Connect with us

Hiburan

Dakwaan Sudah Putus Tunang.. Razrul Tunang Intan Najuwa Buka Mulut Mengesahkan Status Hubungan Mereka Sekarang

Published

on

 

TUNANG kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli menafikan dakwaan mengenai hubungan pertunangannya dengan aktres itu sudah berakhir.

Menurut Razrul, 38, berita yang disebarkan oleh seorang individu itu tidak benar, malah hubungan mereka masih lagi baik.

“Siapalah bawa cerita. Tiada masalah antara saya dan tunang dan tiada sebab untuk saya beritahu perkara yang tidak benar mengenai dakwaan itu,” katanya kepada mStar.

Kiriman email yang mendakwa hubungan pasangan ini sudah berakhir.

Pada malam Selasa, mStar ada menerima kiriman email yang mendakwa pelakon tersebut menyekat akaun Instagram dan memadam foto bersama ahli perniagaan itu.

Malah, perbezaan usia 16 tahun dan kerjaya yang berbeza mungkin menjadi salah satu punca hubungan mereka bermasalah.

Hasil semakan mStar,  Intan masih menyimpan sekeping foto mereka di sebuah restoran namun tidak lagi mengikuti akaun IG tunangnya.

Pada 12 November tahun lalu, Intan pernah memadam beberapa keping foto bersama tunangnya dan mereka tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.

Razrul menafikan dakwaan mengenai hubungannya dengan Intan sudah berakhir.

Sebelum ini, foto mesra Intan dengan hero drama lakonannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin pernah mengundang kecaman netizen.

Menerusi laporan mStar pada 18 Oktober tahun lalu, Razrul memberitahu dia dalam proses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu mengikat tali pertunangan dengan Razrul pada 18 Ogos tahun lalu. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Have a nice day everyone ?

A post shared by Intan Najuwa, 22 ?? (@intannajuwa) on

Sumber : Mstar 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending