Issabelle Terima Penghargaan Dari Pengarah Didi & Friends, Live di MeleT0p!

Selepas video pendek yang merakamkan aksi seorang kanak-kanak, Issabelle yang menari lagu Mengantuknya Mumia yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, kini dia dijemput sebagai tetamu undangan di program MeleTOP semalam.

Selesa menyesuaikan diri di set tersebut, Issabelle kelihatan tenang dan fasih menjawab soalan yang diberikan hos, Nabil Ahmad dan hos jemputan, Sherry AlHadad.

“Sebenarnya pak cik saya yang memperkenalkan video tersebut kepada saya. 

“Semasa saya kecil, saya tak tahu menari. Apabila saya meningkat dewasa, saya boleh menari. Sekarang saya sudah tinggi,” katanya tenang disusuli dengan nyanyian Slepping Mummy secara live. 

Terdahulu, video tarian kanak-kanak perempuan itu telah mendapat perhatian di media Indonesia di Transtv Indonesia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

OMG??? Tq, Transtv Indonesia for the highlight.. Last nite, mommy receive so many DM from issabelle fans saying that her video “sleeping mummy” is on their news tv.. Aduhhhh, mommy lagi kaget, terkejut..? Terima kasih ya atas komentar yang bagus2 dan teruskan support issabelle ya…?? Video ini di kirim oleh fans Issabelle dari Indonesia, tq utk videonya..? #issabellesleepingmummy #transtv #cnn

A post shared by Issabelle_Semanjan (@issabelle_2013) on

Sekali gus, pengarah siri animasi Didi & Friends iaitu Sinan Ismail dan penulis lagu Mengantuk, Gecko turut hadir memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang berasal dari Sarawak itu.

Untuk makluman, program animasi kanak-kanak Didi & Friends berjaya meraih anugerah Best Pre School Program Asian Television Award 24th, Manila, Filipina baru-baru ini dan berjaya menewaskan negara China dan Jepun.

Video : Youtube MeleTOP, Instagram Issabelle

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply