“I kahwin sebab wang” – Model Belanja RM3.7 Juta Dalam Masa 3 Bulan, Minta Cer4i Bila Dapat Tahu Suami Dah Tak Ada Duit

Hanya selepas seminggu berkahwin dia bercer4i dengan suaminya dan kini kisahnya mendapat perhatian ramai. Itulah yang berlaku kepada model dari Jepun, Kato Sari selepas dia membuat pengumuman di Youtube tentang pencer4iannya.

Kato telah bercer4i dengan pengurus sebuah syarikat hartanah yang dikahwininya pada September 2019. Pasangan itu mula bercinta pada Mei 2019 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada September 2019.

Menurut WOB, selepas seminggu perkahwinan itu mereka berpisah dan keputusan untuk bercer4i itu dilakukan pada 10 Januari baru-baru ini. Ternyata Kato meminta cer4i kepada suaminya selepas lelaki itu memberitahu dia dah tak ada wang dan tak mampu untuk beri duit kepadanya.

Bagaimanapun, sebelum pencer4ian itu berlaku Kato dilaporkan telah membelanjakan 100 juta Yen (RM3.7 juta) duit lelaki tersebut dalam masa tiga bulan sebelum perkahwinan dilangsungkan. Lelaki itu juga telah membeli cincin pertunangan untuk Kato bernilai 3 juta Yen (RM111,000).

Wang yang dibelanjakan Kato itu digunakan untuk membeli beg berjenama mewah, pakaian, kereta mewah dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya selepas mereka mendaftar perkahwinan, lelaki berusia 36 tahun itu mer4yu kepada Kato supaya berhenti berbelanja.

Katanya, dia sudah j4tuh miskin dan tidak ada lagi wang untuk diberikan kerana syarikatnya mempunyai mas4lah kewangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

見てみてーーーラテアートで紗里とキスマーク?のついたミニオン作ってもらったんだよん❣️ でもさーこのアートの紗里可愛くなくない?実物の方が可愛いよねー?あっひろの似顔絵も描いて貰えば良かった? #ラテアート#カフェ#似顔絵#ミニオン #キスマーク#似てない?

A post shared by 加藤紗里(かとうさり) (@katosari) on

Perkara itu membuatkan Kato naik angin dan tidak puas hati kerana ketika mereka bercinta dia dibenarkan untuk berbelanja tetapi bila dah berkahwin disuruh untuk tidak membeli belah pula. Malah, dia juga berkata perkahwinan mereka adalah satu pen1puan.

Jadi, apa guna saya berkahwin dengannya? Dia telah men1pu saya untuk tandatangani dokumen perkahwinan itu.”

Kato juga mengaku dia tidak berminat dengan lelaki yang miskin dan membuat keputusan untuk bercer4i dengan suaminya itu. Hal ini membuatkan dia terus mendapat perhatian warganet apabila dia membuat kenyataan seperti ‘Kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit’ dan ‘Saya berkahwin kerana wang’ sebelum dia berkahwin dengan lelaki tersebut.

Katanya, wanita layak berbuat sebegitu kerana harus berhadapan dengan proses keh4milan dan melahirkan anak. Lelaki pula tak perlu buat apa-apa kecuali bekerja keras serta dapatkan duit untuk keluarga.

Selepas pengumuman itu, Kato dilihat memuat naik beberapa gambar dengan lelaki lain dan menyatakan dia bukanlah suaminya. Netizen memberi komen dan bertubi-tubi mengkritik Kato kerana sikap materi4listiknya itu.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply