[VIDEO] Sampai Men4ngis Ibu, Syafie Naswip & Adik Hadiahkan Rumah Pertama

Sekitar tahun 2013 pernah tular kisah Syafie Naswip yang dijemput ayahnya menaiki motorsikal di FINAS selepas balik daripada menghadiri FFM20 di Pulau Pinang di mana ketika itu Syafie memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

” Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000″, kata wartawan yang menulis ketika itu.

Waktu itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.

Kata-kata Syafie yang ditemubual wartawan yang bertanyakan apa kata ibunya di atas kemenangannya itu telah membuat wartawan hampir menitis air mata.

” Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat,” kata Syafie Naswip

Itu kenangan hampir 7 tahun lalu. Siapa sangka hari ini, Syafie Naswip boleh berbangga kerana usaha gigih dan penat lelah dia dan adik-beradiknya mengumpul duit, selain ‘mengikat perut’ berjaya menghadiahkan rumah buat kedua orang tua mereka akhirnya berjaya.

Mengimbau pengalaman itu, kata pelakon berkenaan, mereka mula menyimpan wang selama dua tahun bermula pada 2016.

” Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik-beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah,” katanya di media sosial.

Menurut pelakon filem Songlap itu, dia juga terharu kerana hampir tidak percaya insan sepertinya mampu membuat kedua orang tuanya tersenyum gembira.

” Aku terharu. Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihiina saat kecil ni boleh berjaya membuat emak dan ayahnya tersenyum.

” Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, dan aku harap Allah permudahkan segalanya. Lebih banyak akan datang, amin.

” Kami dipertemukan dengan mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini. Walaupun selepas 4 tahun, rumah ini masih belum siap sepenuhnya.

” Aku terharu dan bersyukur, siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihiina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini. Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum. Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya. More to come amin… #WorkForFamily #familyfirst❤️

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Menurut Syafie lagi, masih banyak lagi yang ingin dia capai pada tahun ini, dan berharap semoga Allah permudahkan segalanya.

Pelakon itu mengiringi perkongsian berkenaan dengan sebuah klip video memaparkan rumah yang dibeli dan kejutan yang dibuat.

Dalam video berkenaan, Syafie, 26, ditemani ahli keluarga selain ibunya, Noorsiah Ahmad, yang masih kelihatan terkejut dengan pemberian tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, ibunya memberi reaksi positif.

” Saya buat kejutan untuk mak. Reaksi dia nampak gembira. Tapi saya lagi gembira. Kena pujuk ayah pindah,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini dan IG Syafie Naswip

Kredit: malaysiaunited

Be the first to comment

Leave a Reply