Gambar Warganet Tergamam Tengok Tgn Ank Sheila Rusly Dekat Mana. Upload Foto Bersama Cha Cha Maembong Tapi Tiba2 Bapa Respon

Anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, Uzair Haqimy ada memuat naik sekeping foto bersama seorang pelakon wanita di Instagramnya baru-baru ini. Foto tersebut merakamkan mereka bergambar rapat sedondon mengenakan

Persalinan gelap. Lalu menerusi ruangan komen, dilihat bapa Uzair iaitu Azman Hj Yahya atau mesra disapa Jinggo turut tinggalkan komen. Malah, ada segelintir warganet menyifatkan bahawa gambar tersebut telah disunting. Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju andai wujud hubungan mesra antara mereka berdua. Terdahulu, Uzair pernah dikaitkan dengan adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha

Foto : Instagram Uzair

Kredit : Media Hiburan

Elisya Sandha berhenti kongsi foto dengan anak Sheila Rusly untuk elak salah faham

Elisya terpaksa berhenti kongsi foto dengan Uzair sebab ramai pihak salah faham. PELAKON Elisya Sandha terpaksa berhenti kongsi foto bersama anak lelaki penerbit dan pelakon Sheila Rusly, Uzair Haqimy kerana tidak mahu peminat salah faham.

Elisya atau Nur Elisya Sandha Mohd Faisal, 20, berkata dia dan Uzair Haqimy masih lagi berkawan seperti dan mereka tidak pernah ada hubungan istimewa. “Memang betul kami rapat tapi sebagai kawan sahaja. Dia kawan dengan saya sejak

zaman kami belajar sama-sama dan kebetulan masuk dalam industri yang sama.”Kami terpaksa berhenti kongsi foto bersama di laman sosial sebab kami rasa macam orang dah salah sangka dengan perkongsian itu. Elisya dan Uzair masih lagi berkawan.

“Orang ingat kami bercinta tapi sebenarnya kawan saja. Daripada kita biarkan orang salah faham, lebih baik kita berhenti kongsi,” katanya kepada mStar Online. Sebelum ini, Elisya dilihat mempunyai hubungan rapat dengan anak lelaki sulung Sheila Rusly itu apabila mereka kerap memuat naik foto bersama di laman sosial pada 2017.

Bagaimanapun sejak perkara itu diperkatakan, Elisya dan Uzair tidak lagi berkongsi foto mereka dan ada segelintir pihak beranggapan hubungan itu telah berakhir. Dalam pada itu, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa pelakon lelaki setiap kali memuat naik foto bersama.

Elisya ambil gosip cinta secara positif. Namun, Elisya mengambil perkara tersebut secara positif memandangkan tujuan dia berkongsi foto dengan pelakon itu untuk mempromosikan drama sahaja. “Saya ambil perkara itu secara positif. Sebab saya hanya memuat naik foto bersama pelakon lelaki untuk promosi drama.

“Tapi setiap kali saya kongsi foto dengan mana-mana lelaki, ada yang ingat kami bercinta sedangkan dia hanya pasangan dalam drama sahaja. “Apa sahaja saya muat naik berkaitan dengan drama, kena lihat saya sebagai watak dalam lakonan tu. Bukan sebagai Elisya,” ujarnya.

Kredit : mstar

Luahan Anak Sheila Rusly Kepada Janna Nick Sebagai Teman Tapi Mesra?

Keakraban Janna Nick dengan keluarga Shiela Rusly bukanlah sesuatu yang baru tetapi baur-baru ini anak Sheila yang dikenali Uzair Haqimy telah memuat naik gambar di Instagram beliau dan menulis ucapan pada kapsyen gambar tersebut dengan kata-kata yang agak romantis buat Janna sempena hari jadinya serta nampak mereka berdua

sungguh secocok. Sebelum ini pernah juga kedengaran ura-ura mengatakan mereka bercinta tetapi dinafikan oleh Janna sendiri. Walaubagaimanapun ucapan romantis Uzair buat Janna dalam gambar tersebut seolah mengiyakan hubungan istimewa mereka.

Peminat-peminat juga seakan merestui hubungan istimewa mereka serta ramai memuji mereka nampak sangat serasi bersama. Kalau betul pun mereka bercinta apa salahnya kan? Janna dengan Uzair pun sudah lama berkawan baik. Difahamkan keakraban Janna dengan keluarga Sheila hinggakan pelakon itu mempunyai bilik di kediaman Shiela dan sering bermalam di sana. Haaa, apa lagi Uzair, nanti tunggu lama-lama, diambil orang!

kredit :  hangat

Sumber : http://empiremedianetwork.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply