“Syabas & hebat!” – Geng Sukarelawan Melayu Tolong Kemas Rumah Keluarga Cina, Siap Belikan Perabot Baru!

Lagi beberapa hari je, Malaysia akan meraikan Tahun Baru Cina. Sudah semestinya kaum Cina di seluruh negara tak sabar nak raikan dengan keluarga, sanak saudara dan kenalan. Tapi, tak semua keluarga bertuah dan dapat sambut perayaan itu seperti yang diimpikan kerana masalah kewangan dan sebagainya.

Mohd Fadli Salleh atau mesra dipanggil ‘cikgu’ oleh rakan-rakan di Facebook telah membantu satu keluarga Cina agar mereka dapat meraikan Tahun Baru Cina.

Sumber: Facebook

Kata Fadli melalui Facebook, dia dimaklumkan oleh seorang penduduk PPR bernama Kak Yati bahawa ada satu keluarga Cina yang tinggal di sana selalu minta untuk mandi di rumahnya.

Saya Kak Yati dari PPR. Ada satu keluarga Cina di sini setiap hari datang tumpang mandi rumah saya sebelum ke sekolah. Boleh ke cikgu bantu keluarga ini?”

Fadli kemudian menjejakkan kaki ke rumah keluarga Cina yang dimaksudkan dan terkejut melihat keadaan rumah yang diibaratkan lebih teruk daripada tongkang pec4h.

Bapa tak kerja, ibu hanya tukang cuci

Kata Fadli, si bapa tidak boleh melakukan kerja berat disebabkan menghid4p beberapa peny4kit agak kr0nik. Isterinya pula bekerja sebagai cleaner di sebuah hotel di Ampang.

Kerana tidak mampu, bekalan air telah dip0tong dan sewa rumah juga dah tertunggak beberapa bulan. Meskipun begitu, anak mereka tetap dihantar ke sekolah dan tuisyen percuma dianjurkan persatuan penduduk.

Tolong dapatkan bekalan air

Fadli kemudian membuat keputusan untuk bantu kemaskan rumah keluarga itu serta tolong mereka dapat bekalan air bersih.

Kak Yati menjadi orang tengah. Tukang runding dengan pengurusan PPR, tukang memberi laporan. Akhirnya kami berjaya deal untuk air disambung semula dengan syarat bayaran sewa rumah perlu berganda.”

Sumber: Facebook

 

Panggil geng, tolong kemaskan rumah

Bukan itu je, Fadli juga telah mendapatkan bantuan geng sukarelawannya bagi membantu mengemas rumah keluarga itu. Selama 3 minggu mereka bertungkus lumus mengemas, membersihkan rumah.

Sumber: Facebook

Selain itu, mereka juga telah mendapatkan perabot baru untuk keluarga itu supaya mereka dapat sambut Tahun Baru Cina dengan gembira.

Dinding kami cat semula. Tingkap dipasang langsir. Lantai diletak tikar. Bantal dan tilam baru juga diberi.”

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina kali ini, keluarga mereka dapat menyambutnya dengan kemeriahan yang sangat berbeza.”

Sumber: Facebook

Ramai rakan-rakan di Facebook memuji tindakan Fadli dan seluruh geng sukarelawan itu kerana sudi menghulurkan bantuan tak kira agama dan bangsa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply