“Weh Shiha!! Apoo hahaha…” – Parodi Meletop, Shiha Zikir jadi Kak Lina Pom Pom Bikin Berdekah

Shiha Zikir seorang penyanyi yang sudah tidak perlu lagi diperkenalkan, bagaimanapun namanya bukan sahaja menjadi perhatian sebagai penyanyi namun dia kini membuatkan ramai tertarik dengan sikap lucunya yang sering mencuit hati ramai.

Terbaru, penonton dan peminat dapat menyaksikan telatah lucu Shiha Zikir dalam parodi Meletop yang membuatkan ramai gelak besar.

Manakan tak, Shiha Zikir membuat parodi sebagai Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom. Malah, pelbagai respon lucu penonton dan peminat setelah melihat parodi Meletop dari Shiha Zikir yang dikongsikan menerusi laman YouTube Meletop.

Parodi Meletop cuit hati ramai

Parodi majlis perkahwinan Elly Mazlein itu bagaimanapun membuatkan peminat Shiha Zikir terhibur apabila dia juga bergandingan dengan ratu parodi, Jihan Muse pada segmen kali ini.

Netizen juga setuju melihat Shiha Zikir yang dikatakan sama apabila menyanyi lagu selebriti itu dan ternyata ramai akui parodi berkenaan sangat best dan kelakar.

“Shiha buat gaya sama…”

Screenshot_78

Screenshot_79

Screenshot_80

Pada sabtu lalu, Elly Mazlein dan suaminya sah bergelar suami isteri dan majlis perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai yang dikatakan Wedding of the Year.

Pasangan ini juga menjadi tetamu jemputan di program Meletop dan turut mencuri tumpuan ramai malam tadi.

Sumber: YouTube Meletop

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply