Iklan TNB Sempena Tahun Baru Cina Ini Cukup Kreatif, Ramai Terhibur!

Pada musim perayaan pastinya pelbagai jenama berlumba-lumba mula mengeluarkan iklan masing-masing. Ini termasuklah iklan TNB sempena Tahun Baru Cina yang telah meraih perhatian ramai.

Saban tahun ada sahaja iklan musim perayaan yang ‘melekat’ di jiwa penonton. Sudah semestinya setiap iklan yang diterbitkan miliki isi dan pengajarannya yang tersendiri.

Terbaru iklan TNB sempena Tahun Baru cina pula menjadi tular di sosial media. Dalam iklan berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan kisah seorang lelaki berbangsa cina yang sedang sibuk di pejabat.

Petikan dari iklan TNB ini
Petikan dari iklan TNB ini

Kemudian lelaki tersebut menerima panggilan telefon dari ibunya yang bertanyakan adakah dia akan pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina itu nanti. Namun dia menyatakan tidak dapat pulang ke kampung tahun ini dan dia menerima kiriman bungkusan hadiah dari ibunya.

Antara babak yang ada dalam iklan ini
Antara babak yang ada dalam iklan ini

Hadiah yang diterimanya adalah VR Headsets dengan rakaman pengalaman sambutan perayaan Tahun Baru Cina di rumah ibu lelaki itu. Dia mula memakainya dan merasai sendiri pengalaman itu sehingga menyebabkan kecoh satu pejabat.

Namun pengakhirannya sungguh tidak disangka.

Jom tonton video yang telah meraih 4.6 juta tontonan di Youtube ini:

Di ruangan komen rata-ratanya memuji iklan kreatif ini dan terhibur dengannya.

“Part yang briyan gelak kat interview tu adalah impian semua senior pejabat nak buat. Haha”

iklan TNB tahun baru cina 2

“The best!! Tah kali ke berapa ulang….”

iklan TNB tahun baru cina 3

“1 family ketawa besar tengok iklan ni…”

iklan TNB tahun baru cina 1

Sumber: Youtube via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply