Connect with us

Hiburan

“Alif Men1ngg4l Dun1a Kerana Faktor Genetik” – Nora Dedah Punca Alif ‘perg1’ Mengejut

Published

on

Penyanyi Nora Ariffin mendedahkan punca kemat1an anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pada 15 Disember lalu kerana faktor genetik.

Tambah Nora, selain itu kehilangan permata hatinya itu juga kerana sudah sampai masanya.

“Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagu kerana sudah ketentuan ajal,” kata Nora.

Terdahulu, Nora tidak memaklumkan punca kematian anaknya itu walaupun selepas dibedah siasat.

Getus Nora lagi, tiada siapa dapat melawan kuasa Allah dan soal jodoh atau maut semua rahsia yang Maha Esa.

“Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok U, tiba-tiba baru-baru ini men!nggal duni dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif.

“Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan men1nggal juga,” ujarnya.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.

Nora ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Korea, Prettian di Glam Hall, Petaling Jaya semalam.

Produk yang berasaskan bahan semulajadi itu mengikat pelantun lagu Hanyalah Satu itu selama setahun.

Prettian Malaysia diasaskan oleh Noor Alhan Ismail dan berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP Cream dan Silky Brightening Cream.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nilai sebuah persahabatan bukan sahaja dikala kita senang…..tapi juga bila kita sudah tiada. Alif lah yg memperkenalkan @megagloryhall kpd nora…..sehingga kini. Masih jelas diingatan…..Alif ckp ‘Mama, kalau nak guna catering try panggil kak Eja, catering, sedap food dia. Alif selalu makan rumah stacy. Lagipun kak eja kata dia kawan mama’.. ……. Begitu juga dgn @hawa_photographydesign , Alif perkenalkan masa saya start GV. Disitulah mula kenal hawa.😘 …… To Alif.. Mama Rindu Alif.😢😢 Tq sahabat, Puan Eja, En Khairol & hawa diatas sokongan selama ini .😍😍😍 …….. Repost @megagloryhall with @get_repost ・・・ Rindu kepada seorang sahabat yg telah kembali kepada Pencipta adalah dengan menyampaikan “Hadiah” istimewa… Semoga tenang di sana AL FATIHAH…. #sahabat #alfatihah #adadalamtiadabynora #wemissyou #anaksoleh #itsnoraariffin #fanoratik.nora #kenangan #alifjohan #memories

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending