Ketua Polis Perlis Beri Penjelasan Gambar Polis Tul4r Dengan Riben Perkhidmatan Yang Banyak

Baru-baru ini tular di media sosial sekeping gambar seorang polis trafik yang memakai pakaian seragam yang penuh dengan riben perkhidmatan.

Dalam satu hantaran di facebook berkata, ” Otai masih berbisa. Orang Perlis mesti kenal dia ni”.

Sekeping gambar itu menjadi perbualan hangat netizen. Seorang pengguna facebook berkata ” Fuhh ribbon bar, ada sayap lagi.. Bukan biasa2″.

Selain itu ada yang memberikan komen, ” ayah sham raja lelong”.

Koperal polis trafik yang tular berkenaan pemakaian riben perkhidmatan seperti pegawai berpangkat tinggi di media sosial didapati khilaf dalam mengenakan riben itu pada pakaiannya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, bagaimanapun perkara itu bukanlah bermaksud anggota terbabit, Koperal Ku Fauzi Ku Baharom dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mempunyai niat untuk menipu.

Menurutnya, sudah terbukti semua pingat itu diterimanya dari Istana Arau atas khidmatnya sebagai pengawal Raja Perlis yang ketika itu menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-12.

polis tular

Maksimum 6 Baris Sahaja Riben Perkhidmatan

“Cuma dalam hal ini, dia terkhilaf mengenakan riben perkhidmatan pada pakaiannya, sepatutnya maksimum hanya enam baris saja dibenarkan.

“Namun dia terlebih satu baris seperti dalam gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Bagaimanapun penyelianya sudah memaklumkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan serta-merta dia mengikut cara pemakaian dibenarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar anggota polis yang tular sebelum ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya memuji anggota berkenaan atas perkhidmatan beliau sehingga layak dikurniakan pelbagai pingat berkenaan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd secara peribadi memuji anggotanya itu dan dia layak menerimanya.

“Kedua-dua sayap penerbangan yang dipakainya adalah kurniaan Thailand ketika beliau mengiringi Raja Perlis ke majlis ulang tahun kelahiran Raja Thailand dan anugerah kursus khas bersama Briged Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sebagai anggota yang lama bertugas di Istana Arau, beliau sememangnya layak menerima pingat atau riben perkhidmatan sepanjang tempoh berkhidmat,” katanya.

Dengan ini jelaslah bahawa gambar yang tular itu adalah betul dan anggota polis trafik itu adalah polis sebenar dan memiliki riben yang banyak atas jasanya berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: blogammar

Be the first to comment

Leave a Reply