Wuhan Dulunya Bandar Dengan Teknologi Futuristik & Universiti Terbanyak Di Dunia!

Wuhan! Kalau bukan kerana wabak K0r0navirus, pasti ramai yang tidak tahu tentang kewujudan bandar ini.

Kini, satu dunia berkata tentang Wuhan tetapi apa sebenarnya daya tarikan yang ada di sana?

Beberapa pengguna di laman sosial Twitter berkongsi tentang keunikan Wuhan.

1. Bandar purba

Wuhan terletak di tengah-tengah negara China dan terkenal sejak 3,500 tahun lalu sebagai pelabuhan teh.

Wuhan terletak di wilayah Hubei merupakan bandar besar yang mempunyai populasi penduduk lebih 10.7 juta orang.

Wuhan juga tempat kelahiran budaya Chu kuno dan terdapat sebuah opera tertua yang popular di China, Opera Han.

2. Futuristik

Mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan, kejuruteraan kereta api berkelajuan tinggi dan industri teknologi tinggi,50 peratus jambatan yang dibina di seluruh  dunia dan 60 peratus kereta api berkelajuan tinggi direka di Wuhan.

3. Masjid besar

Masjid pertama dibina di Wuhan ialah Wuhan Qiyijie Mosque yang boleh menampung 500 jemaah dalam satu-satu masa.

Selain itu, terdapat lagi beberapa masjid di Wuhan, antaranya Masjid Minquan dan Masjid Majiazhuang.

 

4. Destinasi percutian

Beberapa seni bina unik menjadi tarikan utama pelancong ke Wuhan antaranya Yellow Crane Tower, Kuil Guiyuan, Gunung Mulan dan Jambatan Sungai Yangtze.

Ramai juga pelancong berkunjung pada musim bunga dan luruh untuk menyaksikan pemandangan pagoda dengan bunga plum yang berkembang cantik.

5. Universiti terbanyak dunia

Wuhan juga memiliki jumlah universiti paling banyak di dunia sebanyak 1,500 buah dan memiliki lebih 50 pusat pengajian terbaik.

Antara universiti popular di Wuhan ialah Wuhan University, Huazhong University of Science & Technology dan China University of Geoscience.

Penularan wabak K0r0navirus bagaimanapun telah menjejaskan keseluruhan operasi bandar Wuhan hingga menjadikan ia Bandar Hantu.

 

Tempat-tempat awam termasuk sekolah dan pusat beli-belah kini lengang dan di jalan raya pun sukar sekali untuk melihat kelibat penduduk setempat selepas perintah berkurung.

Sekelip mata, semuanya kini menjadi padang jarak padang tekukur.

Ambillah pengajaran dari apa yang terjadi. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Twitter Khairul Azri, China Discovery, Gulf News, Daily Star

Be the first to comment

Leave a Reply