“Budak baru mungkin lupa, tapi aku takkan lupa pengorban4nmu… Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak ni.”- Afdlin Shauki Imbas Kenangan Dulu, Al-Fatihah.

Baru-baru ini, Dunia Hiburan dikejutkan dengan pemergiaan pelawak, Abam Bocey serta dalam pada itu, Datuk Afdlin Shauki ada berkongsi foto kenangannya bersama arwah sahabat baiknya, Harun Salim Bachik. Menurutnya, biarpun pelawak baru datang bersilih ganti, namun legasi Harun Salim Bachik tetap bersemadi dalam dunia komedi.

Menurutnya lagi, menerusi posting yang dimuat naiknya, zaman dahulu masyarakat tidak mengiktiraf golongan pelawak jika dibandingkan dengan masa kini, namun merekalah pemangkin utama dalam mempelopori dunia hiburan ini.

“Al fatihah buat mu sahabat. Budak baru mungkin lupa, tapi aku takkan lupa pengorbananmu utk adik adik kita dalam dunia komedi ini. Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak ni.”

“Sekadar selingan aja kita tapi oleh kerana orang macam Arwah Harun Salim Bachik, Arwah Din Beramboi, Arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni..”

“Adik adik pelawak kita hidup dalam dunia yg berbeza di mana kerja menghiburkan hati orang dgn lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati.”

“Al-fatihah buat semua pelawak-pelawak yg sudah pergi kerana sumbangan mereka. #buatbaikramaiorgsayang,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Al fatihah buat mu sahabat. Budak baru mungkin lupa, tapi aku takkan lupa pengorbananmu utk adik adik kita dalam dunia komedi ini. Zaman kita dulu orang tak berapa pandang pelawak ni. Sekadar selingan aja kita tapi oleh kerana orang macam Arwah Harun Salim Bachik, Arwah Din Beramboi, Arwah Mr OS dan ramai lagi pelawak generasi sebelum ni , adik adik pelawak kita hidup dalam dunia yg berbeza di mana kerja menghiburkan hati orang dgn lawak jenaka ini boleh mengubah nasib mereka dan keluarga sehingga menjadi seseorang yg di hormati. Al-fatihah buat semua pelawak-pelawak yg sudah pergi kerana sumbangan mereka. #buatbaikramaiorgsayang

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat pengarah dan pelakon popular itu yang telah banyak membantu kumpulan pelawak seperti kumpulan Bocey sebelum ini.

Sekadar info,arwah Harun Salim Bachik meninggal dunia pada 8 Mac 2015 akibat sakit jantung semasa perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Tambahan pula, antara pelawak-pelawak yang telah meninggalkan kita semua termasuklah, Kamal Chilok, Pak Yus, Din Beramboi, Mr. Os.

Sumber : Instagram Afdlin Shauki via tehtarikkaw

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.