Anak Abam mula tercari2 bapanya. Ali Puteh dedah keputusan bed4h sias4t

“ANAK arwa4h sudah mula tercari-cari bapanya,” kata pelawak, Ali Puteh yang juga adik kepada Allahy4rham Abam.

Ali, 31, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, anak Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan lebih banyak diam dan tidak meragam.

Menurut Ali, kakak iparnya yang juga balvu arwa4h, Siti Nurhidayah Mohd Ali juga banyak mendiamkan diri.

“Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.

“Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Punca K3matian

Ditanya mengenai hasil b3edah siasat punca kematian arwah, Ali berkata, mereka masih belum mendapat sebarang keputusan.

“Kami tidak dapat apa-apa keputusan lagi. Dimaklumkan paling lambat dalam tempoh tiga minggu lagi,” katanya.

Ali berkata, pesanan terakhir diterima daripada arw4h adalah menjaga ibunya, Sabariah Arshad, 63, yang kini tidak s1ihat dan terpaksa berkerusi roda.

“Arw4ah pergi mengejut tanpa sebarang pesan. Namun, minggu lalu dia ada cakap kepada emak yang jiwanya kosong dan tidak fikir apa-apa lagi. Dia juga pesan kepada emak dan sampaikan pada saya supaya banyak rehat. Jangan terlalu penat bekerja.

“Malah, minggu lalu juga dalam kumpulan Whatsapp keluarga, dia mengatakan sekarang giliran saya menjaga emak pula. Jangan lupa bagi emak makan uvbat. Saya jawab, okay dan tidak ada masalah. Kebetulan emak sudah sebulan tinggal di rumah saya,” katanya.

Dukung anak yang belum tahu apa2

Sambil mendukung anaknya Syed Uthman Hamzah, Hidayah terlihat sangat tabah dan masih mampu tersenyum disamping sahabat-sahabat serta ahli keluarga suaminya.

Masih boleh tersenyum

Isteri mana tidak berdvka atas pemergian suami tercinta. Sudah tentu ia menjadi satu kenangan paling pahit untuk ditelan oleh Hidayah.

Walau bagaimanapun, dengan sokongan orang sekeliling serta anak yang masih memerlukan perhatian, Hidayah boleh disifatkan sebagai insan hebat kerana kehilangan suami ketika anak mereka baru berusia 5 bulan.

Kuatnya hati seorang isteri

Sehubungan dengan perkongsian daripada Shahrol itu, rata-rata warganet telah mendoakan agar wanita itu terus cekal menempuh hari mendatang selepas ketiadaan Abam.

Mereka juga berdoa agar r0h pelawak terkenal itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya redha dengan perginya insan mulia ini.

Semoga roh Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau Abam dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan orang beriman!

Sumber : dunidadanakhirat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.